Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita cuti sekolah


Minggu ke 2 cuti sekolah, barulah boleh berjalan sebab semua anak-anak
dapat ikut sekali. Seronok rasa bila semua dapat ikut. Tak de lah rasa ada
yang tertinggal. Kami memulakan perjalanan hari jumaat dengan jalan-
jalan cari pasal ? Ehh.., bukan. Jalan-jalan cari makan kat rumah orang 
yang buat kerja kenduri kawin ( kakak angkat aku merangkap nanny yang 
menjaga anak-anak aku satu ketika dulu ). Seronok lerLepas 10 tahun 
berhijrah ke Selangor bila balik semula berjumpa mak angkat  depa, anak
-anak aku semua dah besar. Yang baru 17 Tahun pun dah nampak macam
bapak orang . Semua tu buat Kak Kas dan Abang Yassin terkejut. 


Nak terkejut apanya......,budak dibagi makan memang le cepat membesar. 
Abang Yassin sempat mengusik dalam sakit,  ‘ cepatlah  mama korang terima 
menantu.’ Errr…, tak de nya. Aku belum nak jadi nenek. Farah baru habis 
diploma nak sambung degree pulak. Farouk baru masuk Kolej, 1st sem 
pun tak habis lagi. Hafis baru habis SPM, tahun depan gi kolej juga.

Dan…, macam gitu lah kisah aku anak-beranak. Setiap tahun ada saja 
yang berganti dan ambik periksa besar.  Tahun depan Natasha dan Nurul 
pulak. Sorang SPM , sorang lagi PBSMR. Biasalahberanak macam 
gerabak keretapi, gitulah ceritanya. Jadi awal bulan kami semua balik JB. 
Kampung tak singgah ni. Setakat menghadiri kenduri kawin dengan jejalan 
kat Bandar JB lepas tu melepak anak beranak di bilik hotel, kerana
keletihan dengan acara jalan-jalan di bazar karat Jln Segget dan di belakang
Pejabat Pos Johor Baharu.

Kelam kabut punya cerita kutip sorang-sorang dari kolej, sampai tertinggal
baju kurung dan baju melayu. Penyudah cerita Farah dan Nurul datang 
dengan hanya berseluar jean. Dah...,takkan aku nak patah balik bila dah
sampai ke Nilai. Farah hampir nak menanggis bila sedar baju kurungnya
tertinggal.
" Rilex la kak. Apa nak gabra sangat. Ko kan anak emas Mak Kas," pujuk
Hafizul menenangkan kakaknya.

Err..... aku sebenarnya masih dalam tak ada mood nak merekod perjalanan
sebenarnya. Tengok gambar aja lah ya.


Pelamin yang menyejukkan mata memandang

Senyummmm !!!
Gelak Pengantin
                               





Pengantin sebelum  keluar bersanding

Bergambar bersama ibu bapa pengantin perempuan

Gelak pengantin


Bersama ibu angkat anak-anak ini

Baru perasaan saya dah ada anak-anak bujang rupanya

Ole-ole dari bazar karat JB. Harga karat dan pendrive nya pun karat gak ( RM 10 /unit )

Biskut coklat dari Korea. Sedap sangat yg  color hijau tu.
Kalau kat KL harganya RM 5.90 sekotak.
Kat JB harganya baru baru RM 3.50 sekotak.
Huh, kami beli banyak-banyak.