Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penangguhan sesi persekolahan 2015 akibat banjir


Banjir teruk yang dialami oleh negeri-negeri Pantai Timur dan tempias yang 
dirasai oleh beberapa negeri Pantai Barat akhirnya memaksa Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat
pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan 2015 untuk seluruh negara. 
Kenyataan penangguhan sesi persekolahan itu dikeluarkan hari ini.

Penangguhan seminggu ini bermaksud memberi masa dan kelonggaran
melakukan gerakan pemulihan dan gotong royong pembersihan kawasan sekolah 
bagi memastikan anak-anak dapat belajar dengan selamat, selesa dan sempurna.

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula pada 12/1/2015 ( Isnin ) 
di seluruh negara. Sementara bagi negeri Kedah, Terangganu,Kelantan dan Johor 
sesi persekolahan 2015 akan dimulakan pada 11/1/2015 (Ahad).

Moga berita ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada semua. Untuk
berita selanjutnya boleh dibaca