Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penilaian semula mata wang dunia


Nota bank yang diguna pakai di zaman Dinasti Yuan di China adalah pelopor kepada
duit fiat dunia yang pertama. Sementara Nixon Shock yang berlaku pada 1971
pula menyaksikan bagaimana sistem kewangan fiat telah menguasai dunia dengan
mengenepikan emas sebagai sandaran mata wang dan apa yang terjadi seterusnya
adalah malapetaka kewangan.


                                 
Bank note dinasti Yuan       
Hari ini tanpa kita sedari ekonomi dunia sedang dirombak. Penyusunan atau
penilaian semula mata wang di lebih 134 negara sedang berlaku. Ada yang mengalami
penyusutan nilai dan ada juga yang mengalami kenaikan. Bergantung kepada
perkembangan ekonomi negara mereka.

Global currency reset sedang berlaku secara senyap dan sedang menerapkan
kemestian Basil 111 dalam sistem perbankan dan kewangan dunia. Kemelesetan
ekonomi dunia perlu dipulihkan dan proses pemulihan itu termasuklah ' penolakan
semula sistem matawang fiat.' Semua mata wang dunia dikembalikan semula kepada
penilaian asal dan nilainya mestilah bersandarkan kepada simpanan emas sesebuah
negara terbabit.

Proses kenaikan dan penilaian semula matawang sesebuah negara itu adalah dengan
bersandarkan aset-aset yang mereka punyai. Iaitu aset-aset fizikal dan keupayaan
mereka membuat keuntungan di masa hadapan. Dan ini boleh saja berdasarkan kepada
peningkatan pengeluaran pertanian,perhutanan, perikanan, pengeluaran minyak dan gas,
malahan hasil-hasil logam yang terhasil dan dijumpai di bumi mereka. Apabila sesebuah
negara itu berjaya membangun ekonominya bererti ia mampu mengwujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan dan seterusnya memperelok perolehan / penghasilan
negara terbabit sehingga ekonominya menjadi ketara berkembang dan dari situlah
penilaian mata wang sesebuah negara itu dilakukan.






No comments:

Post a Comment