Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gemuruh bila petrol naik harga


Bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen per liter, yang berkuat kuasa semalam ramai yang sentap. Macam biasa media sosial di FB menjadi medan pertempuran pendapat dan balas membalas kenyataan yang hangat. Up date status di situ panas-panas belaka. Aku cuma tulis sebaris ayat aja " Harga petrol baru naik 20sen pun dah mengelupur. Simpan aja lah kereta dalam garaj - abis kisah." 
Nampak macam kasar, poyo dan berlagak lah kan ???




WORLD PETROL PRICES, GAS PRICE, MALAYSIA PETROL PRICE STILL CHEAP

Bandingkan kenaikan harga minyak Malaysia dengan Iraq ( negara ke 2 pengeluar minyak dunia selepas Arab Saudi ) kenaikannya sama - baru 0.7 persen. Saya confius masih luas dan banyak lagi ke lombong minyak yang boleh diteroka di Malaysia ini ? Seingat saya pernah terbaca yang reserve petroleum Malaysia hanya mampu bertahan untuk 15 tahun penggunaan lagi. Sedang Iraq reserve minyak dan gas aslinya mampu bertahan untuk 150 tahun lagi !! Dan kerajaan kita berjaya mengawal kenaikan pada 0.7 % ( sama dengan apa yang Iraq alami ), akuilah.... kerajaan kita masih bagus setakat hari ini.

Jadi berderetlah warga kota yang beratur untuk mengisi minyak malam semalam di stesyen-stesyen
minyakKebanyakan tempat memang menghadkan pengisian tank kepada RM 50 sahaja untuk sesebuah kenderaan. Maka banyaklah yang merungut kerana sesetengah kenderaan mereka boleh diisi sehingga RM 80 pertank ! Seorang teman maya memberikan respon " pelik-pelik petrol naik 20 sen menggelupur tapi kat rumah ada 3/4 biji kereta. Tengok pun nak muntah ".

Seorang rakan blogger pulak menuliskan respon " Dibenarkan mengisi 50 henggit aja maximum isi petrol tadi, penjimatannya 0.20sen X 26.351 liter = RM 5.27 sen je pon. Saya senyum membaca dan menyahut komentar dengan menyatakan ' sepatutnya kiraan ini disebar-sebarkan di serata Facebook agar boleh dibaca, diconggak dan dibuat perbandingan'. Penat beratur, buang masa, penjimatan tak seberapa, kelam kabut lagi, baik duduk rumah tengok tv. Harga minyak tetap naik juga esok, buat apa mengelabah tak tentu arah.

Tidak kurang yang menyalahkan kerajaan pimpinan BN di atas pemotongan subsidi petrol yang menyebabkan harganya naik menjadi 20 sen lebih tinggi. Saya bertanya dalam hati kalau pembangkang esok naik......., 
ada ' jaminan maut ' ke harga petrol tak naik ???

Harga minyak dunia selaras dengan penggunaan petrodollar. Buat masa ini harga petrol adalah USD 114.89
per barrel. Arab Saudi sebagi negara pengexport pertama di dunia memang tiada masaalah dalam kenaikan ini sebaliknya mereka membuat keuntungan. Di Iraq, kos pengeluaran bagi 1 barrel hanya 10 USD dan Iraq menjualnya kepada US melalui perjanjian ( untuk pertukaran makanan, perubatan dan pakaian ) dengan harga 30 USD per barrel dan US pulak menjualnya kepada pasaran dunia pada harga yang tercatat seperti hari ini 114.89 USD per barrel. Kita masih sibuk nak salahkan kerajaan lagi ke ? Suka atau tidak semua negara di dunia memang terlibat dalam permainan Amerika dan kuasa besar dunia yang lain...ehem, termasuk China ke ?

lupakan kedai mamak, minum alitea, teh tarik, murah, teh tarik tak ada buih, teh sedap
Memang bila berlaku kenaikan petrol tidak lama kemudian berlakulah kenaikan harga barang-barang makanan.
Tapi tanpa kenaikan harga petrol pun sebenarnya harga barang-barang dan perkhidmatan tetap naik juga. Harga teh tarik kat Bistro Salam 1 Cafe di tempat saya RM 1.40 segelas buat masa ini. Esok lusa mungkin naik kut, tak taulah saya. Sebab saya bukan peduli sangat harga segelas teh tarik tu kerana saya boleh kurangkan minum di kedai kepada beli sendiri Ali Cafe teh Tarik 3 in 1 dan bancuh sendiri di rumah. Campur susu pekat setengah sudu teh, ia tetap menyamai rasa teh tarik di restoran mamak.
Errr... cuma tak ada buih lah.                    

So apa kata kita kurangkan bergebang dan nongkrong di kopitiam atau di restoran mamak. Belajar makan makanan yang di masak sendiri di rumah. Kurangkan makan KFC dan Mcdonald, kurangkankan penggunaan gula dalam minuman dan masakan, kurangkan makan ayam, gantikan penggunaan bilis sebagai rencah masakan kepada gunakan pati atau kiub bilis sebagai perencah masakan. Harga bilis pun boleh tahan mahal RM 3.60 per 100 gram ( ikut jenis ), sedang pati ayam / pati bilis baru RM 3.80 sebotol. Kurangkan beli beras mahal kita guna beras yang sedang-sedang atau guna beras murah. Kurangkan minum milo .Kita minum teh wangi dan kopi kampung aja.Kurangkan bershopping, kurangkan percutian yang tidak perlu. Berhenti terus dari menghisap rokok.  Dan...sudah-sudahlah tu berarak pergi ke rumah terbuka. Puasanya belum tentu penuh tapi berayanya sebulan !!
 Ehhh.., semua  itu perbelanjaan ........................

Dan saya pun tak rasa orang kampung bising dengan kenaikan harga 20sen Diesel/Petrol ni kerana banyaknya yang gemuruh orang bandar. Orang kampong dah biasa berhemat dalam perbelanjaan, kecoh pun tidak. Mereka dah biasa berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan kerajaan. Mereka guna kederat dan merit sendiri untuk hidup. Mereka orang yang tidak berkepentingan. Setakat naik 20 sen orang kampung senyum aja bayar.
 ( Kampung di sini tidak bermasuk masyarakat FELDA ya ).

Kadang-kadang saya terfikir sampai bila rakyat Malaysia nak berhenti dari menjadi warga subsidi ?
Kita punya keupayaan, kita ada kuderat untuk menambah pendapatan, tingkatkan usaha dan susunlah belanja, in sya allah kenaikan petrol yang 20 sen itu dapat ditampung dengan pendapatan atau perolehan yang didapati dari hasil nilai kerja rajin dan kepelbagaian pendapatan. Yang penting usaha.
                         
                                                 
harga barang naik, jimat yang tak seberapa, ultraman naik basikal,
  Ultraman yang boleh terbang pun sanggup kayuh basikal, kita mungkin boleh cuba kut idea itu di sini.
  Hehehe....








No comments:

Post a Comment