My Korean Girl - Nurul
Jadi kemarin aku pergi lagi ke Sungai Buluh Plaza, hajat hati hanya nak survey talipon yang ada kat situ untuk si Hafiz pulak.( Kesian taliponnya dah lama berikat getah.) Kat sini boleh rambang mata bila melihat tawaran dengan harga murah dan pelbagai rupa. Saling tak tumpah macam berada di Lowyat. Habis-habis meronda aku nampak ada kedai sushi terselit di situ. Serta merta aku teringatkan permintaan Nurul. Hehehe.....nak kena anak aku ni.
Aku pilihkan dia beberapa jenis sushi. Sushi telur ikan atau dipanggil sushi ikura ( eh, betul ke ni ? ),
Ikhsan Google |
Saki baki yang tak habis dimakan |
Tapi bila sampai di rumah lepas dirasanya sedikit sushi ikura tu terus dia meludah dan wek, wek berlari menuju ke tandas. Kannnn.....cakap dah., tak sedap ! Aku cakap dah..., lidah kelantan dah biasa makan nasi dagang tak akan rasi makan sushi jepun ni. Hujung cerita terpaksa lah lidah mixed jawa Johor yang kena telan sushi tu. Daripada membazir..............
Nota : Ada 2 negara yang tak teringin aku nak pergi : 1. Jepun
2. Korea
Sushi dan Kimchi memang aku tak lalu makan. Lain lah makan sambal belacan, hari-hari sanggup aku telan.
No comments:
Post a Comment