" Assalamualaikum, ni Mak cik Zizah, Lin kat mana ni ? " bertubi-tubi dia bertanya lepas memberi salam.
" Walaikumsalam. Ehh.....mimpi apa ni tiba-tiba cik talipon Lin ? "
" Hai ...tanya kabar tak boleh ke ? "
" Ehh...boleh. Ingat nak beritahu kena loteri ke...hahaha ? "
" Anak bertuah...Cik Zizah kat KL ni. Dah dua hari. Ingat nak melawat anak buah la..maklumlah dah umur-umur cik ni...entah esok lusa cik jalan, untung-untung adalah anak buah yang kesian dan sedekahkan fatihah untuk cik ." Alahai sayu pulak hati aku dengar. Aku ni emak bapak dah la tak ada. Bab main dengan perasaan ni , memang aku kalahlah.
Dipendekkan cerita lepas jumpa client aku pun berlari la balik ke rumah... ......
( ceh, mana ada berlari, aku bawa kereta la ). Apa nak masak ek ?, tanya aku di dalam
hati. Aahh..., apa fenin-fenin nak masak..., aku masakkan aja ikan goreng pelaling, sayur
lemak kobis , buat sambal belacan dan rebus telur masin. Tak sampai sejam semua siap.
Tiba-tiba dia talipon pulak kata tak jadi datanggg. Ahh sudah, sapa yang nak makan semua
makanan tu ? Hari dah petang dan anak-anak semua dah kenyang. Ok tak apa, tak apa.
Jawabnya semua lauk dan nasi tu bakal jadi sarapan pagi untuk esok hari. Habis cerita.
Tup tup lepas aku solat Isyak dia talipon lagi....,
" Lin , cik sesat ni. Maklumlah tak pernah sampai. Driver tua, faham-faham la."
Sesat ? Sudah kerja...aku dah pakai baju tidur nih. Tak pe, aku belit aja selendang dan
ambik kunci kereta dan pergi menyongsong makcik aku yang dah sampai kat kedai 2
ringgit yang berdepan dengan pasar malam. Manalah mak cik aku ni, sudahlah kami
jarang jumpa........, dia dah lah gelap, harap-harap biarlah dia duduk tempat terang
biar senang aku nak nampak. Hehehe....
Oleh kerana badan dia besar tinggi macam Malbari senanglah aku mencari dia
Aku je yang tak berapa nak tinggi. Dia bersama dengan kawannya yang juga seumuran
dengan dia...err dalam 59 - 63 tahun lah tu. Dari masuk rumah mulut dia tak berhenti
bercerita dan bertanyakan itu ini. Aku ok je melayan. Maklumlah tetamu.
Aruah bapak pesan, tetamu itu datang bersama rezekinya dari itu memuliakan lah tetamu.
Jadi walaupun hayat-hayat aku , ini adalah kali ke 5 aku berjumpa dia, aku cuba melayan
sebaik mungkin. Sedang sibuk bercerita kisah itu ini, dari zaman perang belanda sampai
ke botok-botok sumpahan keluarga ........tiba-tiba Natasha turun tangga dari tingkat atas.
mak cik aku menegur.
" Alah, tengah terlebih hormon tu cik. 4 bulan kebelakangan ni jerawat tu macam
mesralah pulak dengan dia," aku menjawab. Memang pun . Jenuh aku bagi ubat
termasuk bedak sejuk ......... haram, tak maunya surut. "
" Cik ada ubat. Senang aja petuanya. In sya allah mujarab," kata mak cik aku dengan
mata terkebil-kebil.
" Apa dia cik ? Sental seluar dalam kat muka ? " aku mengusik sambil ketawa kecik.
Dia turut ketawa. Kawannya hanya tersengih.
" Tak payah...., ini lebih bagus dari yang itu. Err...kalau Tuhan izinkanlah.
PAKAI STOKIN aja."
" Hah Stokin ? Baru kali ni dengar ? Stokin busuk sapa yang nak ditenyeh kat muka ?"
Interested je aku bertanya kan ?
" Ini hah......stokin Vken." Dia pun capai beg dan keluarkan kotak warna biru muda
dan terus menarik keluar sesuatu dari situ. Sepasang stokin hitam berjenama huruf
Vken tertulis di situ. Aku terus sentap. Sudahhhh...kena aku kali ni.
Tinggal sarung aja. Itu hari kawan mak cik yang semput pakai stokin ni, alhamdulilah
3 hari pakai semput dia kurang. Bagus untuk darah tinggi, lemah lesu, gout in sya allah
sembuh dan tak ada alahan makanan lagi dah, strok beransur kurang, lumpuh, diabetis
bacaannya menurun, Isomania in sya allah sembuh...bla, bla, bla...."
Alahai mak cik aku ni. " Berapa harga sepasang cik ?"
" Murah aja, tak mahal. RM 180 je," mak cik aku menjawab selamba.
" 180 je !!! 10 kali bayar ea ?? "
" Selain untung runcit, dia ada bonus paring, bonus sponsor...bla,bla, bla.
Lyn mesti boleh buatlah !" Aku dah mula rasa nak pitam. Kalau dia sambung sampai
tengah malam.............. mau, aku tidur berdiri kat ruang tamu nanti. Cut it short.
stokin Vken dari MXB2U.com
" Ok, ok Lin ambik, Lin ambik. Susah betullah kalau cakap dengan keturunan
arab dogol ni," aku mengomel perlahan. Terlepas cakap.
Kikkikkik dia ketawa. Ehhhhh....dengar pulak tu. Adoi la mak cik aku. Habis kisah,
malam tu aku sarung stokin Vken di kaki dan ambik sehelai lagi buat tutup mata untuk tidur.
Mana tau, bangun pagi nanti kerut kat muka dah hilang ! Hahahaha.....
No comments:
Post a Comment