Mengikut kamus Wikipedia ' Patriot' didefinasikan sebagai ' sikap-sikap positif dan menolong
terhadap tanah air ' yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan tertentu yang dikait rapatkan
dengan semangat nasionalisme. Patriotsme juga adalah satu sentimen nasional yang menekankan
kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan
kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara dan ini
sememangnya memperlihatkan tahap patriotsme yang tinggi. Ia seharusnya wujud dalam setiap diri
warganegara. Inilah yang kita cari. Mencari semangat juang dalam setiap individu
yang bergelar anak watan. Kecintaan kepada negara. Inilah jati diri yang cuba dikembalikan.
Kerana tanpa cinta kepada negara , tidak mungkin kita mampu membebaskan negara ini dari
segala bentuk penjajahan.
Madah pujangga : " Berdiam dirilah kamu pada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu pada perkara kebaikan........... "
Kata Tun Mahathir " ..bukan kecil tugas kita untuk meneruskan perjuangan bangsa kerana
rupanya..selain kemerdekaan, mengisi kemerdekaan itu rupanya jauh lebih sengsara "
.
Kata Tun lagi " Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap
kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari
barat dan timur. Tapi akhirnya yang akan memutuskan cara mana yang terbaik yang
akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri "
Kata Tun lagi " Kejayaan sesuatu negara itu bergantung kepada setiap rakyat.
Sesungguhnya bangsa yang berjaya adalah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup "
" Jangan ditanya apa yang negara ini mampu berikan tapi tanyalah...
APA BAKTI KAMU UNTUK NEGARA ??? "
JF. Keneddy.
" You are not supposed to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong.
no matter who says it " ( Malcolm X )
Dan kerana itu saya menjemput anda semua yang membaca atau yang 'terbaca' entri ini untuk
sama-sama mengisi dan mengembalikan jati diri kita melalui penyertaan anda DI SINI.
Segala makluman akan diup date dari masa ke semasa.
Boleh bagi idea dan boleh ramai-ramai tolong like dan tolong sebar-sebarkan ya.
Tanah Pusaka
Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata
seorang patriot harus di junjung tinggi namanya. karena mereka telah membela negaranya.
ReplyDeleteBetul tu Kstiawan.
DeleteByk kata2 Tun Mahathir yang menjadi inspirasi rakyat.. mmg kagum dgn beliau..
ReplyDeleteSaya selalu berharap Malaysia boleh melahirkan lagi seorang Tun Mahathir, tapi nampaknya harapan itu kabur buat masa ini Mieza.
Deletesetiap bangsa wajib membela negaranya masing-masing....salam dari Makassar - Indonesia :-)
ReplyDeleteTerima kasih sudah mau singgah ke sini lagi Hariyanto.
DeleteSalam muhibah dari Malaysia juga :-)
bangsa itu diri kita haha
ReplyDeleteYa dan jangan jadi bangsa yang memusnahkan bangsa sendiri.
DeleteKesiannn melayu.
setuju dgn quote malcolm x di atas...
ReplyDeleteTerpaksa setuju Timi, walaupun pedas.
Deletemungkinkah satu masa nanti bangsa tidak dipedulikan lagi
ReplyDeletebanyak dah kahwin campur sekarang
anak cucu dah tak tahu bangsa keturunan apa
Kawin campur sepatutnya menguatkan bangsa dan bukan melemahkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Delete