Awak puasa..., tapi
kenapa tak tutup aurat ?
-
Kata Islam tapi
kenapa masih tinggal sembahyang ?
-
Kata Islam kenapa
masih tinggal puasa ?
-
Kata Islam kenapa
masih lupa bayar zakat ?
-
Kata Islam kenapa
terlupa pada anak-anak yatim ?
- Kata Islam kenapa
selalu malas mengaji ?
( Atau hanya mengaji pada bulan Ramadan saja ke ? )
- Kata Islam kenapa masih suka lawan cakap ibu bapa ?
( Sedang redo ALLAH itu terletak pada redo ibu-bapanya )
- Kata Islam kenapa masih suka lawan cakap ibu bapa ?
( Sedang redo ALLAH itu terletak pada redo ibu-bapanya )
-
Kata Islam kenapa
menderhaka kepada negara ?
( Zalim sangatkah
pemerintah negara ni ? )
-
Kata Islam tapi kenapa masih suka mengata dan mengumpat orang ?
( Sedang
perbuatannya ibarat memakan daging saudaranya sendiri dan dosanya lebih dari
berzina.)
-
Kata Islam kenapa masih buruk sangka kepada orang ?
- Kata Islam kenapa memutuskan persaudaraan ?
- Kata Islam kenapa tidak menyayangi saudaramu sendiri ?
-
Kata Islam kenapa masih ada perasaan riak ?
( Sedangkan tidak dikira sesuatu amalan itu andai di dalamnya
terkandung sifat riak WALAU SEBESAR ZARAH )
terkandung sifat riak WALAU SEBESAR ZARAH )
- Kata Islam kenapa masih suka menyakiti hati orang lain ?
SESUNGGUHNYA Islam itu lembut dan indah DAN Islam tidak pernah menyakitkan .
YANG HARAM ITU TETAP HARAM DAN
YANG HALAL ITU TETAP HALAL.
Tidak dalih menolaknya.
Saya
percaya dan menerima perkara yang disyariatkan oleh Islam. Malah saya percaya
banyak insan yang sedang dalam perjalanan mencari jati diri.
Mencari hidayah dan reda
ALLAH.
Bagi saya selagi seseorang mukmin itu masih dan mampu mengucapkan kalimah tauhid
( syahadah ), selagi itu ...dia TETAP ISLAM.
Kerana islam itu bukan hanya milik pak-pak imam,
pak haji dan hajjah, para ustaz dan ustazah atau milik
mereka yang berkopiah dan bertudung saja.
Islam itu juga milik mereka yang masih melafazkan syahadah.
Yang masih melakukan ibadah-ibadah yang lainnya walaupun
tidak sempurna. Yang masih terkesima di atas segala kelemahan imannya. Dan selagi yang bernama 'manusia', kita tidak
maksum dari dosa. Malah kita tidak pernah tahu di mana
kedudukan kita di akhirat nanti.
Bagaimana keadaan kita sewaktu di Padang Mahsyar.
Pastikah kita ke syurga ?
Bila
nak pakai tudung ? Saya tak ada jawapan untuk itu. Namun saya masih memohon untuk
terus diberikan hidayah dan kekuatan dari ALLAH untuk menyarungkan jibab satu
hari nanti. Benar ...ingat mengingati itu tuntutan agama. Bukankah lebih baik
ayat provoke ‘ awak puasa tapi kenapa tak pakai tudung ?' diganti dengan ;
‘alhamdulilah berpuasa lagi kita hari
ni, saya doakan satu hari nanti awak
diberikan kekuatan untuk berjilbab dan sentiasa berakhir dengan khusnul
khotimah ‘. Lebih manis,lebih lembut,lebih syahdu dan lebih sedap didengarkan ?
HIDAYAH itu kerja ALLAH bukan kerja manusia. Kekuatan itu juga datang dari
Allah bukan dari kita. Cuma sebagai manusia kita memang perlu mencarinya dan
sentiasa berdoa untuk terus berada di dalam pengampunan dan hidayahNYA. Syurga
dan neraka juga milik MUTLAK ALLAH bukan milik manusia . Kenapa suka menghukum
? Kita tidak pernah tahu bagaimana hubungan seseorang hamba itu dengan
TUHANNYA. Janganlah merasa terlalu suci dan alim tapi berdakwahlah dengan
berhemah.
Profesor
Hamka dalam satu majlis dakwahnya telah didatangi oleh seorang
wanita
yang bertanya, ' Pak...saya ingin sekali bersolat..tapi
saya juga suka memakai quetex. Masih bolehkah saya bersolat ? '
Pak
Hamka dengan lembutnya menjawab, ' boleh-boleh aja.
Tapi
jika mahu solat quetexnya harus di tanggalkan
dan dibersihi dulu.
Bila kamu suka., kamu boleh memakainya lagi kembali sesudah solat.'
Jawapannya
itu ternyata menggembirakan hati perempuan itu.
Dia
gembira kerana boleh bersolat. Bagaimanapun kerana kelecehen menanggalkan dan membersihkannya,
akhirnya perempuan tadi meninggalkan kebiasaan tersebut.
Pada sesiapa yang belum mengetahui siapakah Buya
Hamka sila buat carian di Google. Banyak kesederhanaannya dalam berdakwah.
Tidak pernah menyinggung perasaan pendengarnya sebaliknya menarik hati mereka
yang mendengarnya untuk sedikit sebanyak melakukan ibadah seperti yang
dimahukan dalam islam.
Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang elok itu budi
Yang indah itu bahasa
BUDI BAHASA TIDAK DIJUAL DAN DIBELI
Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang elok itu budi
Yang indah itu bahasa
BUDI BAHASA TIDAK DIJUAL DAN DIBELI
yang beribadah :
1. Ibadah
seorang hamba
Iaitu ibadah seorang manusia yang melakukan
ibadah kerana
takutkan ancaman seksaan dari PENCIPTANYA.
2. Ibadah seorang peniaga
Iaitu ibadah seorang manusia yang sentiasa
mengharapkan
laba dan mengira pahala dan dosa dari setiap amalnya.
3. Ibadah seorang hamba yang merdeka
Iaitu ibadah seorang manusia yang sedar akan
segala
dan sesuatu perbuatannya di dunia ini akan dipertanggungjawabkan
kepadanya di akhirat nanti.
Usahlah merasa hebat dan mulia dari yang lainnya
kerana setiap kita bakal melalui frasa ini ................................
KITA PULANG BAWA DOSA BAWA PAHALA.
pergh.. panjang lebar. kesimpulannya, jom pergi bazar ramadhan
ReplyDeleteKeep searching my dear :-)
ReplyDeleteAllah itu Maha pengampun lagi Maha penyayang..
tidak perlu risau apa kata orang pada dirimu tapi sentiasalah khuatiri apa kata Allah padamu..
Allah itu baik, patinya Dia nak yang terbaik untuk hambaNya..
adakalanya orang tidak paham erti dakwah, that's way adakalanya sesetengah pihak berpendapat cara Islam dalam berdakwah KASAR @ KERAS sehingga menyebabkan orang semakin jauh dari Islam..
Saya sentiasa akan menyokong awak..sebab kita kan sedara (sesama Islam)
hati yang ikhlas pasti dibalas~~
Tuntasnya, Islam itu agama selamat dan aman. Kenapa dicemari keamanan islam itu? nabi sendiri punya strategi yang tersusun dalam menyampaikan dakwah, dakwah itu indah, jangan dikotori keindahannya. Bukankah nasihat menasihati itu lebih baik dari menunding jari menyalahkan sana sini?
ReplyDeleteIngatlah wahai manusia syurga neraka, dosa pahala semua milik DIA. jangan sesekali kita merampas hak-Nya. Jangan sesekali kita menghukum orang kerana mahkamah akhirat adalah hak mutlak ALLAH. sekian.
Kadangakala, hidayah itu datang melalui mimpi, kadang2 datang melalui musibah, kdg2 dtg dgn kesedaran sendiri, ingatlah ALLAH masih menyayangi hambanya walaupun kita buat dosa hari2.sekian.