Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HERO dan TAKDIRnya di TV3

Jam 9.30pm malam tadi TV3 ada menyiarkan slot TAKDIR dan di dalamnya terkandung kisah Hero
kucing yang sememangnya HERO kerana semangat perjuangannya yang kental untuk terus hidup.
Menitis air mataku melihat si HERO dengan  gigih memanjat dan menuruni tangga dengan
selamba. Telatahnya sama seperti kucing lain yang gemar melilau sekeliling rumah. Yang membezakannya .., kucing lain mempunyai  4 kaki untuk berlari ke sana ke mari dan lebih lincah sedang HERO terpaksa menggunakan hanya dua kaki belakangnya untuk bergerak. HERO....kau memang sehebat nama yang diberikan tuan mu.



                                       
Untuk papa HERO teruskan perjuangan mu .
Semoga Allah swt sentiasa merahmati perjuangan papa HERO
dalam membela kucing-kucing yang gelandangan.

                                       Picture ni dari kakimotong.com

   *** Cuba nak letak ' Banner HERO untuk dicuri " dari kakimotong.blogspot.com
       ....tapi tak boleh lah. Aisehh.., PAPA HERO .., tolong jawab.