Bebudak sekarang suka buat mulut cam ni. ( Ahhh.....boringnya tengok ) |
Beberapa hari ni memang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nak enroll anak ke Putera Intelek International Collage ( PIIC ). Nak sambung masak kat rumah. Nak hantar anak pergi 'koko'. Nak pos dan hantar barang pelanggan. Nak jumpa dan deal dengan customer baru...bla-bla-bla and the lists go on. Sebelum aku dan hubby balik dari asramanya yang bertempat di Vista Prima Puchong, kami sempat singgah minum di kafeteria yang terletak di tingkat bawah ,bersebelahan kolam renang . Aku tengok muka anak aku macam nak melalak. Macam mintak kena sepak ..ada jugak. Sedih habislah. Tapi dia control poyo. Elehh...macam aku tak tau. Aku emak dia. Tak payah nak kelepet la kak oii. Mama tau.
PIIC |
Asrama untuk student PIIC - Vista Prima Puchong |
" Ma, tolong callkan Encik Azizi akak tak ada kad kuning untuk buat student card," dia merenggek di hujung talian. Pulak dah. Ceh..dah besar-besar nak urus hal belajar pun cari mak dia. Dah berdiri depan Cik Ros yang jaga hal ehwal pelajar...cakap je lah. Mintak mak dia juga yang cakap. Farah...Farah. Itu lah akibat tak pernah berpisah dari mak bapak. Budak tak pernah duduk asrama katakan. Hermmm......
Selepas turunkan hubby kat office dia , aku drive balik sorang-sorang. Adalah mamat Pakistan yang sorang ni naik motor...bawak betul-betul di atas garisan putus-putus tu. Straight je dia bawak. Nak di potong takut pula dia masuk ke lane kanan....maklumlah sama-sama laju. Dok menyumpah and mencarut juga ler dalam hati ni. Maklumlah akak ni bukannya jenis penyabar cik Jenab ooi.
Elok aku melayan perasaan geram..talipon pulak berbunyi. Kawan lama aku daa. Macam mana dia dapat raba no talipon aku ni ? Mesti dia ni ada bakat introgate orang . Dah 10 tahun aku tak pernah jumpa mahu
pun terima call dari dia. Ok perbualan yang lain aku sensorkan. Kita capture yang ni jer ya :-
" Lyn...aku dah jumpa dah awek idaman aku , " dia memberitahu dengan bangga.
" Bagusla. Kawin cepat sikit. Almaklum jer lah engkaukan suka cinta lompat ".
" Ermm.....aku dah test dia ", suaranya masih bersahaja di sebelah sana.
Aku....errkkk........
" Kau jangan main-main..... "
" Betul apa," Bersungguh mamat ni menjawab. Ah..sudah.
" Aku test dia....aku suruh dia rebus pasir sampai empuk. Kalau dia berjaya rebus pasir tu empuk....nanti aku kawinlah dengan dia. " Kali ni aku pulak terdiam.
" Eh...engkau pernah makan sup selipar jepun tak ? Kalau tak pernah makan aku ada calon yang boleh masakkan !"
Ceh. Ini olang manyak celaka lea. Next time ' think cook-cook ' before you speak aaa..
hahahahaha... den pun nak test la macam ni..hahahahha
ReplyDeleteEkau lagi ler kena guna formula ni...jimat banyak ooo kalau jumpa bini yang cam ni. Beli pasir jer murah - 1 guni baru 5 hinggit. Hahahahah..
Deleteerrrk masak pasir smpai empuk?? hahaha, 1st time dengar ;)
ReplyDeleteItu la pasalnya babycomel...cikgu kat sekolah tak ada ajar ilmu fizik yang sebegini kan kan ?
ReplyDeletehahaha kejamnye suruh msk pasir smpai empuk ! =P
ReplyDeleteSlm kenal,
ana ^__^
Mamat tu terima latihan komando kat kem tentera Israel tu
Deletepasal la sadis sikit ujiannya. Salam kenal Ana. TQ kerana sudi singgah.
singgah dari blog bonitakkacuk..huhu.
ReplyDelete