Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUASA dan Ustaz Rock


Hari ini umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa.
Lepas isyak semalam aku sibuk kumpulkan anak-anak baca niat puasa.
Anak ku Daniel akan menjalani ibadah puasanya lagi tahun ini. Tahun lepas dia dah mula berpuasa penuh. Tuang 4 hari aja. Aku dah biasa melatih anak berpuasa dari usianya 5 tahun. Puasa 5 hari pertama biasanya aku benarkan anak aku berbuka jam 10 pagi. Puasa 5 hari yang berikutnya 11.30 pagi. Minggu yang ke 2 biasanya dia dah boleh berbuka 12.30 atau pun selepas zohor. Ada waktunya bila dia balik dari tadika dengan muka letih dan sedih …aku buat derk je. Dia tunjuk lagi letih., aku suruh dia tidur. Kesian juga tapi….heheh..tak apa lah. Kecuali dia sakit perut barulah aku suruh dia berbuka.




                                        Di waktu usianya hampir 2 tahun
                                                       
Dia memang suka posing dari kecik
( Gambar di rumah mak di kampung )

                                                       Comelkan ?

                                          
Daniel mera nam.
Masuk tadika 6 tahun dia dah boleh berpuasa sehingga tengahhari atau 1.30pm baru berbuka. Kadang-kadang aku dajalkan sehingga jam 3 petang. Sesekali-sekali aku buat dia ghalit sampai terlupa nak buka. Tu yang boleh terlajak sampai waktu berbuka puasa. Hehehe….kesian dia. Oleh kerana tahun lepas dia dah lepas ujian peringkat ke 3….harap-harap puasa tahun ni dia boleh lepas sebulan . Kalau dia boleh lepas sebulan jawabnya kopak lagi ler mama dan papa dia nih. Tak apa peringkat pertama sebagai ganjaran. Satu hari puasa dibayar RM 1. Satu bulan dapat dah kat dia RM 30.00 duit upah puasa je. Tak masuk duit raya !
                                                              
Alhamdulilah mengajinya pun dah pindah ke surah besar Quran. Dah hampir habis juz pertama. Kalau dia boleh katam al-Quran umur 10 tahun bertambah lega rasa hatiku. Kira paling awal ler tu antara adik-beradiknya yang lain.

Kenapa mesti 10 tahun baru nak katam al-quran ? Katam awal kan elok......



Yeah....rock !!!!
Aku nak anak aku belajar perkara baik tanpa sebarang paksaan. Dengan penuh kesadaran. Fardu ain itu wajib. Aku nak dia melalui frasa yang sama seperti kanak-kanak lain. Main, belajar, nakal, membuat kesalahan, dibetulkan dari kesalahan tanpa sebarang tekanan. Rasanya keinsafan itu akan lebih kekal dalam dirinya dari sebarang paksaan yang datang dari ibunya.

Tapi yang paling tak boleh belah hari ni bila anak ku Nurul bangun pagi je terus jumpa aku dan berkata, “ Mama….Nurul nak bayar fidyah hari ni .
Aku; “ hah “
“ Kenapa ? Tak boleh ? “
Aku tanya, “ ada duitnya ker ?”
“ Eeik…bayar fidyah nak pakai duit ker ? “
Aku jawab, “ dah tu ….Nurul nak pakai apa ?”
“ Kalau dah bayar fidyah, selesai la hutang puasa Nurul kan ma ?”
“ Siapa cakap ?”
Fidyah tanpa qada puasa tu hanya dibolehkan pada orang-orang yang dah tua ghenta. Yang dah tak larat nak berpuasa atau tidak boleh berpuasa dengan alasan kesihatan yang kuat. Selagi dia tu muda, sihat, dan mampu berpuasa dia wajib qada puasa yang ditinggalnya dan wajib pulak bayar fidyah bila dah berganti tahun,” aku menerangkan padanya macam ustazah.
OOOO…….tak faham,” Nurul tersengih.
Kesian anak aku. Badan aja besar. Umur baru 12 tahun tapi dah period. Itulah akibatnya bila tak habis sekolah agama. Sudahnya aku terpaksa jadi uztazah kat rumah…err kadang-kadang aja ler.

Sumber gambar  ini dari : 
                                      http://malaysiatopbloggers.blogspot.com

 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada semua bloggers, teman dan kenalan FB. Semoga kita dapat menjalani ibadah di bulan ini dengan penuh keinsafan, penuh senyuman dan penuh kasih sayang.
                                     ASSALAMUALAIKUM !!!

4 comments:

  1. nelentur buluh biarlah dari rebungnya.ye dak?

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.. masa kecik2 dulu macam budak korea pulak si daniel ni. rasa nak bom je.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Betul tu kaki bola.
    Boni kacak ., bila dah besar dia jadi pelakun KabiKushee Kabi Gham la pulak...jangan jealous.

    ReplyDelete
  4. cute nye gmba dye time kat kmpg :)

    ReplyDelete