Hati. Hanyalah seketul
daging atau organ yang ada di dalam setiap jasad manusia.
Ia terletak di dalam
rongga perut sebelah kanan, di bawah diafragma berwarna merah tua dan beratnya
kadangkala boleh mencapai dua kilogram.
Hati berfungsi sebagai
filter yang menyaring toksin yang masuk ke tubuh melalui makanan . Toksin ini
kemudiannya dihantar ke hempedu. Ooo…sebab itulah orang selalu kata hempedu
rasanya pahit. Emmm …tak payah try .Confirm pahit. Hati ayam yang dah terkena
pecahan hempedu bila digoreng….Yaa Rabbii. Tak sanggup nak makan. Tapi kenapa
ada orang yang masih suka makan hati ayam ?
Untuk tambah darah ? Teori
atau pun fakta ? Tidak ke mereka terfikir hati yang mereka makan tu berfungsi
sebagai filter tu mampu menjejaskan tubuh badan mereka sendiri. Hati ayamlah
terutamanya. Pasal apa hati ayam ? Kerana ayamlah yang paling banyak menerima
suntikan ubat-ubatan dan suntikan pembesaran. Ayam …selepas 45 hari dah boleh
masuk periuk balik – goring beb. Sedap ! Haiwan ternakan lain kurang sikit kut
suntikan yang diterima. Jadi hati haiwan ternakan lain kurang toksited.
Masaalahnya aku bukan nak
cakap pasal hati goreng sedap ke tak sedap. Aku nak cakap soal hati. Soal
perasaan. Kenapa hati jadi cepat merajuk, lemah, letih. Peribahasa orang
melayu;-
Makan hati, patah hati,
hati batu, buta hati, errr…tambah sendirilah yang lain-lain tu. Eh, tapi makan hati ayam goreng sodap apaa.
Itu dulu ler waktu kecik-kecik aku selalu mengecek nak makan hati ayam, pedal
ayam. Aruah bapak jelling je setiap kali tangan aku mencapai hati ayam goreng.
Maklumlah dah itu favourite dia.
“ Makan sikit-sikit je
sudah, “ ujarnya sambil menepis tangan aku dari pinggan.
“Budak masih belajar tak
boleh makan banyak-banyak hati ni, nanti bebal, degil ! “
Bapak bersuara dengan nada
tegas dan cuba mempengaruhi aku. Air
liur aku turun naik dikerongkong, tengok hati ayam goreng yang sikit punya
garing dengan kunyit dan ketumbar jintannya elok terlonggok di dalam piring
depan bapak.
“ Kalau dah lauknya cuma
itu, makannn aja lah. Niat nak buat ubat.”
Emak membela sambil
mengambil seketul lagi hati bersaiz kecil dan segera memasukannya ke dalam pingganku.
Aku tersenyum lega.
Habis…, dah lauknya cuma
tumis taugea dengan hati ayam goring….tak kan aku nak makan taugea lat..lat.
Apalah bapak aku ni.
Itu belum lagi hati perap
kicap. . Ala perap aja guna kicap manis cap kipas udang HABHAL. Perap hati tu dengan kicap dalam 15 minit. Campurkan serbuk kunyit sikit dalam perapan itu kalau suka. hiriskan cili api berbagai warna, bawang putih, halia muda, bawang besar mengikut banyaknya bahan yang anda perlukan. Kemudian potong kacang panjang - pilih yang muda dan keras ( barulah rasa crunchy bila dikunyah ).
Tumis semua bahan hirisan
tadi sampai naik bau. Masukkan hati yang telah
diperap tadi. Tambah kicap
pekat suku sudu teh supaya warnanya menjadi
pekat
dan berkilat.
Balik-balikan masakan dalam 15 minit. Masukan kacang panjang....
......goreng lagi selama 3
minit. Kalau nak masakan itu kelihatan lebih berwarna warni , masukan hirisan
tomato yang berwarna oren kemerahan. Huh...mesti nampak cun gila lah !
Balik-balikkan lagi selama 3 minit. Matikan api. Ambik beberapa tangkai
daun ketumbar
golek-golekkan seketika dalam masakan yang masih panas tu.
Tak sampai setengah minit
sure daun tu layu..dan aromanya ................hemmmm. Wangi ya amat. Sedap !
Tak percaya ...cubalah !
Ini daging masak kicap yang aku masak dan tak ada kena mengena dengan hati perap kicap yang aku cakap tu......hehehe |
Eh..eh…melalut lagi aku
ni. Aku tadi nak tulis bab lain. Pergi ke bab makan-makan pulak. Errr….posting
lain aku tulis le pasal hati yang tengah parah ya. Hari ni aku cuti. Perut pun
dah berkeroncong. Nak pegi masak dulu lah. Bye…bye !
I LIke 1st and 2nd perenggan, saintifik sungguh.
ReplyDeleteitulah jwpn kpd tindakan bpk anda yg menempis tgn anda ketika nk mkn hati ayam.
kalau hati2??
ReplyDeletetak pernah makan hati yg kt dlm tu, tp salu makan hati ;)
ReplyDelete(merajuk xsudah2) huhu
banyaknya info kat entri ni..bagus2, sy suka baca sampai habis..tak rugi tau.
ReplyDelete