Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ice cream Pasu

Pertama kali mendengar nama Ice Cream PASUkening aku berkerut. Aku
membayangkan bentuk ice cream pasu  yang mereka perkenalkan di laman sosial.
Dan selepas itu aku melihat ice cream pasu ini menjadi semakin viral di merata
tempat dengan masing-masing memberikan review yang semuanya membuatkan
nafsu teruja untuk mencari dan merasa keenakkan. Anak-anak yang dah pandai
menjengah di laman sosial sibuk menarik tangan ibu untuk melihat bersama
decorasi ice cream palsu yang unik dan hot di pasaran.

Jika mengikut pemerhatian aku, ice cream pasu ini bukan setakat menawarkan
kepelbagaian rasa malahan harga,mengikut saiz dan lokasi jualan. Harga pasu
di Shoping Complex memang tak sama dengan yang dijual di kedai biasa,
iaitu antara RM 3.00 - RM 5.30 sepasu. Dan jangan terkejut kerana mereka
benar-benar menggunakan pasu bunga yang bersaiz kecil ( biasanya pasu
berwarna coklat ) sebagai kon ice cream. Hehe....sebenarnya dalam kon pasu tu
dia orang alaskan lagi satu bekas translucent untuk mengisi ice cream.Jadi bila
ice creamnya dah habis dimakan, pasunya korang boleh bawa balik dan jadikan
tempat untuk menyemai tanaman atau bunga pula.

Dipendekkan cerita, puas direngek oleh Daniel untuk mencari ice cream pasu
di tempat tinggal aku ( aku dah tak minat makan ice cream sebenarnya ), dan
si Farah yang dah besar panjang tu pun kompang aku sama untuk buat ice cream
pasu, maka hari ni, aku penuhkan permintaan mereka.

Bukan pegi beli. Sebaliknya beli bahan dan buat sendiri jer. Jadi, inilah  
bahan-bahan ice cream pasu :-


-  2 jenis ice cream ( Ikut piihan selera masing-masing )
-  1 @ 2 jenis kek span / sebarang jenis kek yang kurang manis lagi baik
    ( kek tu kita potong persegi ikut saiz ' pasu' yang kita digunakan.

Untuk hiasan :-

-  Biskut Oreo ( dibuang krim dan diblend halus )
-  Biskut rokok sebarang jenis ( abaikan nama yang aku tulis tu. Bebudak gelar
    biskut rokok . Namanya apa entah....., aku pun tak tau.
-  Manik hiasan @ potongan kecil marchmallow
-  Sebarang jenis herba yang difikirkan sesuai seperti daun pudina, daun parsley
   tapi kalau dah tak ada daun ketumbar pun boleh hehe....... Bukannya nak dimakan
   pun sebaliknya sebagai garnish je, lepas tu humban ke tong sampah.

Ok, kita mulakan dengan langkah demi langkah seperti berikut :-

                                             
ice cream,ice cream pasu, cara buat ice cream pasu, bahan-bahan ice cream pasu,mana nak beli ice cream pasu, harga ice cream, ice cream pasu manis, biskut oreo, marchmallow, manik hiasan, secawan ice cream
Bahan-bahan asas untuk ice cream pasu.
Kat sini aku gunakan coklat & yam/keladi sundae ice cream
Kek red velvet, manik hiasan dan biskut oreo

Cedok apa-apa jenis ice cream pilihan sebagai base anggaran separuh cawan.
Lepas tu masukkan kek yang dah dipotong-potong tadi mengikut saiz pasu kita
sehingga memenuhi 3/4 saiz pasu cawan.Tutupkan semula dengan ice cream lain 
pulak. Taburkan biskut oreo rata-rata atas permukaan ice cream tadi. Taburkan 
manik hiasan / marchmallow dan letakkan le biskut rokok sebagai batang kayu 
hiasan.Nak lebih cun.., hiaskan dengan keratan herba pudina atau daun pasley. 
Beres dah. Boleh tangkap gambar pulak.

Rupa ice cream pasu yang dah siap.
Aku cuma gunakan cawan tinggi
yang bentuk ala-ala pasu saiz cinoni

Yeaa....dah siap 3 pasu ice cream

Tapi sebenarnya kalau tanya - sumpah aku tak minat.  Cawan pasu yang bersaiz
cinoni pun tak mampu aku nak habiskan. Agaknya sebab dari kecik aku dah puas
melantak berbagai jenis ice cream dengan aruah bapak
Jadi bila dah tak berapa nak muda ni.., rasa kemaruk tu dah hilang.

Review aku, ice cream pasu ni tersangat manis. Mungkin lebih elok jika lapisan
tengahnya ( bhg kek ) tu, digantikan dengan buah potong seperti pisang yang
mempunyai testure yang lembut. Ice cream pulak rasanya kena gunakan ice
cream yang ada perasa lemon kerana serbuk oreo yang digunakan (konon sebagai
tanah ) hanya menambah rasa manis ice cream. Manik @ marchmallow juga hanya
menjadikan ice cream tu 2 kali ganda manis. Memang berdengung otak bila makan
ice cream pasu ni. Penyudah cerita separuh pasu pun aku tak habis makan,
sebaliknya aku jadi kambing dengan memamah daun ketumbar tu aja.