Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hainom OKje



Hainomokje pertama kali 'termasuk' ke blog dia secara tak sengaja. Jika tak silap
sewaktu berziarah ke blog cikgu. Kebetulan terbaca komen yang ditulisnya dan aku
berpendapat komennya sangat santai dan ikhlas. Siapa dia ?

Aku memang tak pernah buat blog review kan ? Dan memang tak layak pun sebenarnya.
Dan ini juga bukanlah review blog sebaliknya adalah apa yang aku rasa. Yang terbit
dari hati. Sesekali tuan punya blog ini menggelarkan dirinya Mak Jilap.
Mak Jilap ??? 

Macam suspen je bunyinya kan ?
Sampai ke sudah aku tak faham apa maksud Mak Jilap tu. Nom...., bagilah tau apa
maksud Mak Jilap tu ? Klebek kat DBP tak de maksud perkataan tu taw. Hehehe.......

Wajahnya lembut, ayu tanpa make up dan amat keibuan. Aku kata wajahnya mesra
alam. Harap apa yang aku tulis ni tak skema bunyinya. Tapi kalau ia pun apa aku kisah
haha...

Sejak terjumpa dengan blog Mak Jilap ni dan bila berblogwalking ke tempat dia, biasa
nya aku akan baca beberapa entri sekali gus. Jarang aku baca entri orang banyak-banyak
sebenarnya. Tapi aku boleh duduk untuk tempoh yang agak lama jika ke blog Hainom.
Entah apa tarikan di situ. Yang pasti aku menyukai bahasanya yang ramah, bersahaja,
kelakar dan ceria. Dan aku beranggapan yang orangnya mempunyai personaliti yang
serupa diluar sana. Yang lebih penting entri dari Mak Jilap ni mampu membuat aku
tersengih dan ketawa berseorangan. Ehh.... tak semua orang berbakat dan power
macam ni kan ?

Aku pun tak mampu. Aku rasa kalau orang 'ter'masuk ke blog aku pun dia orang tak
akan duk kat sini lama-lama. Klik pada entri, baca lebih kurang lepas tu blah. Tapi
tidak pada blog Hainom. Entrinya yang selalu selamba akan buat pengunjung baca
dan melangut kat situ untuk beberapa ketika. Tak percaya ?
Cubalah ke sana.

Yang pasti Hainom memang sangat menghargai pengunjunganya. Biasanyanya kalau
aku baca 5 atau 6 entri dan tinggal komen di situ...... dia pun akan buat perkara yang
serupa. Dia akan berblogwalaking semula dan komen 5 @ 6 entri aku. Aku kata
dia memang pengamal ' orang berbudi kita berbahasa ' dan sangat down to earth
sebenarnya.

Nom, blog awak memang best. Kalau awak tak berblogwalking ke tempat saya pun,
saya tetap ke sana juga. Tak taulah jampi apa yang awak dah pakai kat saya ni

                                     
hainom, blog hainom, mak jilap, blogger, blog, Okje, ceria, peramah,kelakar, periang.
Hainom Okje memang power