Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gong Xi Fatt Chai ( Kambing bukan kuda )

Menurut zodiak Cina, tahun ini adalah tahun kambing kayu. Kambing adalah
shio ke 8 dari 12 shio/bintang/naungan yang terdapat di zodiak cina. No 8 dianggap
sebagai satu angka yang dapat memberikan keberuntungan, perdamaian dan
kemakmuran. Jadi walaupun aku suka makan rumput (sayur) tapi aku tetap bukan
kambing. Aku berada di bawah shio kuda menurut zodiak cina, leo jika di bawah zodiak
orang putih.



Lately ni aku semakin suka tengok sejarah cina dulu-dulu. Kepintaran maharaninya
dalam berpolitik dan sebagai tulang belakang kepada raja.........................
Nak disambung ke ? Tak payah kut.

Aku cuma nak mengambil kesempatan ini mengucapkan Gong Xi Fat Chai kepada
rakyat malaysia dan kenalan yang berbangsa Cina. Moga tahun ini benar-benar
memberikan kegembiraan, menjanjikan segala keberuntungan seperti yang diharapkan.

Bercakap soal untung....., aku masih suka dengan apa yang aku buat sekarang. Suka
kerana apa yang aku buat mendatangkan hasil. Ya, walaupun tidak dalam kategori
yang lumayan tapi ahamdulilah lah.

Cuma ada beberapa perkara yang buat aku meluat - bila banyak sangat yang dipanggil
' dato-dato ' dalam MLM. Habis semua orang nak di ' dato' kannya. Kalau dato betul
tak de la aku tension sangat, tapi kalau panggilan untuk membodek....., telinga aku
memang cepat berdesing. Aku tak faham kenapa nak men'dato'kan seseorang yang
bukan dato ? Tanpa title dato, tak boleh buat kerja ke ? Tanpa title dato orang tak hormat
ke ? Hei, masaalah infiority complex dia nih. Ya, niatnya mungkin baik..... apa tah lagi
panggilan itu satu doa juga.

Cuma yang aku nampak pengikutnya ni taksub gila panggil dia dato yang diterima
dari Negeri Antah Berantah. Aku lebih suka ' gelaran dato ' yang diterima dari seorang
kakek yang cucunya berderet kat rumah. Itu tampak lebih ikhlas dan padan.

Bodek, bedek, bedil memang tak boleh masuk dengan aku. Laju je aku nak blah.
Kalau aku nak blah rasanya ok juga kut. Lagi pun kuda memang boleh lari laju mengalahkan
kambing. Sementelaah pula kuda ni dah nampak padang lain yang lebih luas dan bersalji.
Semangat mengembara tu cepatlah meresap.

                                                 KUDA KU LARI GAGAH BERANI.....
                                                             AYUH LARI...................