Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Korperat dan keparat

Dulu-dulu zaman kami satu industri meyembang, seorang teman sama ngopi ada bertanya;
' korang tau tak, sebenarnya sebelum seseorang itu mencapai taraf korperat.., dia
lebih dahulu mencapai taraf keparat.' Aku yang mendengar terdiam.
Dia pun tersengih sambil memerhatikan muka-muka kami.....

Itu dailog 18 tahun dahulu waktu aku masih tinggal di Jb. Sekarang tanpa disangka
aku terjumpa lagi dengan dia. Dia lebih dahulu berhijrah ke KL sebelum aku.
Kelmarin juga sama ngopi ( dia kata nak belanja ), aku pulak bertanya ;

' Dengar kabar ko dah hampir naik taraf sekarang. Ko sekarang dah berada di kategori
mana ? Korperat ke atau masih keparat ? '

' Hehe....mulut ko masih macam dulu kan Lina. Taraf insuran tak berubah.
  Ko nak aku masuk kategori mana satu ? '

' Entah. Ko bagitau lah........
  Kalau aku...., aku cuma nak mengatur masa depan sendiri
  tanpa faktor 5B ( Bodek, bedek, bingai, bangsat, baruah ) '

' Oooo ok. Kopi kau..., bayar sendiri hari ni. '