Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halalan Toyiban


HALALAN TOYYIBAN, perkara ini telah lama diberikan penekanan oleh kerajaan dan
masyarakat muslim di Malaysia. Konsep Halalan Toyiban diguna pakai sebagai penentu
arah perbuatan. Ia bermaksud memberikan sesuatu yang halal, bersifat baik serta elok.
Mencari yang halal itu bukan hanya untuk orang islam sahaja tetapi juga diguna pakai
untuk orang bukan islam yang peka kepada kebersihan dan penyediaan sesuatu produk
makanan.

Alkisah sewaktu menghadiri tazkirah terawih di malam 25 ramadan oleh seorang
penceramah di tempat kami, telah membuka semula fikiran saya tentang pentingnya
menjalankan fardu kifayah yang hanya diberikan perhatian oleh sesetengah dari kita
sahaja. Bagaimana pemakanan dan sumbernya, serta cara pembuatannya boleh
mempengaruhi dan memberikan impak dari segi kemaslahatan dan siasah ummah.
Aeik, dah berubah menjadi ustazah ke ? Tidak. Saya hanya memikirkannya dari
sudut perniagaan.

Konsep halalan toyiban ini mempunyai pasaran yang sangat luas di Malaysia.
Jika kebelakangan ini, kita dikejutkan dan kebinggungan dengan wujudnya bukti
seperti cara memproses mee hoon yang menjijikan oleh orang bukan islam, mee kuning
yang masih menggunakan abu chang, cadbury yang masih lagi diragukan bahan campuran
nya ( walau sudah dijelaskan 'halal' semula oleh JAKIM )...., dan yang terbaru adalah
minyak masak peket yang digunakan secara meluas oleh pengusaha-pengusaha IKS,
memang semakin menggugat keraguan yang sudah sedia bersarang dihati kita umat islam.

Berapa banyak makanan atau bahan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam,
yang setengahnya tidak langsung mempedulikan soal kebersihan sebaliknya hanya ber
selindung disebalik lebel halal palsu dan menggunakan jenama muslim untuk mengaut
untung ke poket mereka. Kenapa kita mesti dan masih sudi makan 'air tangan' orang
kafir, yang bismilah pun tidak dibaca ketika menjalankan kerja pemerosesan ? Sedang
dalam masa yang sama kita sibuk memojok dan mengejek produk muslim walaupun
hanya air mineral yang diusahakan dan dirukyah dengan bismilah dan ayat suci alquran ?
Adakah kita yang kehilangan dan kebinggungan ?

Sesekali produk bumiputera keluar dipasaran, masih ramai yang sinikal dengan kata...
" emph, produk melayu kurang kualiti, tak tahan lama, pasaran terpencil, harga mahal,
tiada promosi, kurang pengurusann dan bla, bla,bla." Satu statement yang prejuadis
sejak awal kemunculan produk. Hai..., susahnya menjadi melayu di negara sendiri.
Letihnya menjadi islam bila belum apa-apa niatnya sudah dipersoalkan.

Kenapa tidak memberi ruang, kenapa ragu memberi sokongan ?
Pasaran mee kuning, mee hoon, bawang goreng, kunyit serbuk, cili sos yang harganya
tidak berapa sen itu rupanya bila dikumpulkan, boleh memberikan penghasilan yang
memberangsangkan kepada tauke yang mengusahakannya. Apa kata kita mencipta
snek baru yang murah, packing yang kemas dan cantik, boleh dimakan oleh semua
bangsa, bahan sumber yang memang pasti halal, dan kalau tidak dapat dipasarkan
di hyper market, masih boleh dibeli terus dari pengeluar yang ( jika boleh orang melayu
islam ) mengamalkan konsep halalan toyiban. Lupakan burger McDonald yang
menyokong dan menyumbang kepada keganasan zionis, tapi kita sokong semula burger
Ramli dan jenama muslim yang lain. Kalau kita semua sepakat, tidak ada apa yang tidak
boleh diubah.

Yang penting ia datang dari air tangan ( fikir-fikirkan ya maksudnya ) orang islam.
Yang kalau mungkin tenaga kerjanya tidak alim sekali pun sesekali dia masih membaca
bismillah, yang sesekali masih menunaikan solat, yang masih boleh mengucap kalimah
syahadah. Air tangan..... besar peranannya.                               


Halalan toyiban,konsep hala dalam islam,air tangan, air tangan orang islam, keluaran bumiputera, keluaran muslim,jenama islam, burger ramli, mee kuning, mee hoon, mee kuning jenama muslim,mee hoon islam


Di tempat saya tinggal sekarang memang terkenal dengan seorang pengilang
( yang produknya adalah menghasilkan alat ganti untuk kereta ). Tuan punya kilang
orang melayu. Di sini ramai pekerja yang secara sukarela buat overtime. Tanpa dipaksa
dan tanpa menarik muka masam. Yang menarik tentang tuan punya kilang ini adalah bila
dia menemuduga bakal pekerja baru, soalannya adalah :-

1.  Apa itu basmallah ?
2.  Boleh kamu mengucap 2 kalimah syahadah ?
3.  Dalam 1 hari berapa kali kita diwajibkan solat ?

Sijil , diploma dan ijazah hanyalah faktor terakhir yang diterimanya. Jika yang minta kerja
itu walaupun hanya punya sijil SPM, tetapi boleh menjawab 3 soalan di atas dengan fasih,
maka ia akan diterima bekerja tanpa banyak chok cek. Tapi jika pemegang ijazah sekali
pun yang datang, tapi tidak dapat menjawab 3 soalan di atas..., maka tuan punya kilang
akan kata,  NEXT !!!





No comments:

Post a Comment