Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BENTLEY

BENTLEY. Kereta mewah besar gedabak keluaran British, milik penuh anak
syarikat Jerman Volkswagen AG mula gentayangan di fikiran ku. Apa yang menarik
dengan kereta Bentley ni ? Setakat gelaran kereta mewah je la. Body tak seksi.
Kalau tengok review yang diberikan oleh livelifedrive.com hanya memberi rating
3.5 - 4.5 bintang untuk kereta ini. Harga ? Jangan tanya. Memang jutaan ringgit.

Dan bila kawan aku ini menawarkan untuk membawa kereta ini masuk ke
Malaysia dari Dubai dengan harga enam puluh peratus lebih rendah dari harga pasaran...
( hah, bior betul engkau ??? ) Mana ada AP release lagi. Lama dah tak keluar.
Fikiran aku masih tercari-cari procedure yang terpaksa dilalui dan aku tak nampak
lagi siapa pembelinya. AP mana yang aku nak gagau bagi membolehkan kereta ini
dibawa masuk ? Selain AC Mizal dengan Bentleynya, pemilik kereta mewah ini adalah
kerabat dan juga orang-orang kenamaan. Aku masih tak tertarik dengan kereta besar
gedabak ni. Lain la kalau dia kata dia boleh bawak masuk Audi R8, Peugeot RCZ,
BMW Z4 ke dengan harga seperti di atas......, adalah juga rasa teruja hati.
Ahak, ahak, ahak.

Daripada Bentley dari Dubai, baiklah dia supply aku tamar dari Iraq. Boleh juga aku
bersaing secara sihat dengan Yusof Taiyob tahun depan hehehe......

                         
Bentley malaysia, kereta import, audi R8, AP kereta, kereta mewah, pasaran kereta mewah,procedure bawa masuk kereta mewah.





No comments:

Post a Comment