Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila Chedet menegur

Siapa yang tak kenal Tun Mahathir ? Mantan perdana menteri yang tegas, yang berani,
lantang bila menegur dan cemerlang dalam prestasi pemerintahannya. Beliau mencipta
karisma tersendiri dari Malaysia. Menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati dari Asia
Tenggara. Kelancangannya  bila menegur sering membuat pihak yang ditegur kepanasan
kalau pun tidak melenting.

Kali ini Tun Mahathir menegur lagi dengan bicara fakta dan seperti biasa tegurannya
memang amat berbisaMengambil kesempatan kepada teguran Tun, tentulah Lim Kit
Siang. Bukan main seronok dia bertweet dan menambah garam pada teguran Tun. Suka
benar dia bila Tun memomokkan Dato Sri Najib secara terbuka. Dalam tempoh 2 jam
3 kali Lim Kit Siang bertweet dengan riang dalam twitter milik pribadinya meluahkan
sokongan terhadap teguran Tun kepada Najib. Seronok engkau ya Kit Siang ???

Tapi Dato Najib memang layak ditegur pun. Banyak sangat berangannya. Bertolak ansur
tak kena tempat sehingga kadang terasa 'kita' yang mengemis dan merempat di tanah air
sendiri. Harapnya Dato Sri Najib tidaklah cepat merajuk seperti aruah ayahnya. Tak usah
letak jawatan bila ditegur. Memang untuk jadi pemimpin yang berjiwa besar bukan senang.
Perbaiki. Perbetulkan, sebelum Tun Mahathir memulakan gerakan menggantikan Najib
sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi dulu.
                       


Saya tertarik dan tersenyum bila membaca point di no 21 dan no 22 yang Tun Mahathir
tuliskan di laman blognya. Ehem, bukan ke dulu Tun Mahathir yang beria-ia berkempen
untuk menaikkan Dato Sri Najib sebagai perdana menteri kerana beliau dilihat sebagai
pemimpin yang paling berwibawa menggantikan Pak Lah yang dilihat lemah. Ternyata
selaku manusia, kita gagal membaca rencana dan takdir Allah dan sering kita terkeliru
pada tangapan pertama. Apatah lagi bila ia gagal membuahkan hasil seperti yang diingini.

Tun M, saya tetap sayang dan hormat pada Tun despite kesilapan pemilihan PM itu.
Kami kehilangan pemimpin segenius dan setegar Tun untuk menyelamatkan Malaysia ini .
Jika kami boleh merayu, kembalilah....., sebelum Malaysia semakin banyak kehilangan.
Penyu menangis siapalah tahu.......................

                                   
Tun Mahathir, Tun marah Dato Najib, Tun mahathir yang genius. Dato sri najib yang lemah, Tun Dr Mahathir
Tun Mahathir yang outspoken

No comments:

Post a Comment