Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Puisi untuk Gaza

GAZA untuk kesekian kalinya bumi mu
bergoncang lagi
Bersimbah darah
Berselerak rebah tubuh manusia
Berkecai daging dan tulang temulang
Hukuman apa kah ini
Hebatnya dugaan
Menimpa

Ya Tuhan
Besar anugerah
Hamba-hamba MU
Gagah di GAZA
Membenteng tubuh dari peluru dan mortar
Bertuahnya mereka
Di zaman millinieum ini
Masih bisa syahid Fi Sabilillah
Sedang kami di sini masih
Leka dengan hiburan dan temasya
Mereka di sana bersatu
Melawan zionis
Sedang kami di sini
Berpecah belah pada perkara
Yang kecil
Mereka di sana mengenepikan
Perbezaan anutan dan fahaman
Sedang kami di sini walau
Satu fahaman
Tidak pernah bersatu dan
faham

Bukankah Palestin warisan ambiya
Tidakkah GAZA masih dibenteng
Hamba-hamba zuhud MU
Tapi mengapa mereka diduga
Berulang kali
Mengapa GAZA yang mesti
Membayar harga

Ya Tuhan
Kurang ampuhkah qunut nazilah kami
Masih belum mahu diterimakah
doa-doa kami
Mengapa Palestin dihukum di tanah sendiri
Mengapa GAZA yang mesti
Terus berkorban

Ya Tuhan
Hantarlah tentera malaikat MU
Datangkan lah
burung-burung Ababil MU
Membawa batu-batu dari neraka
Yang bisa menembusi senjata
Dan kereta kebal mereka
Di manakah Imam Mahadi
Masih lambat kah
Isa Alaihis salam

Ya Allah
Yahudi di sana semakin gubra menanam
Pohon Gharqad
Mengapakah masih dibiarkan

Ya Allah
Hilangkan lah hijab doa
Kasihanilah hamba-hamba MU
yang teraniaya
Angkatlah doa mereka di Palestin
Terimalah doa
para muslimin dan muslimat
Yang kini merintih
Kesedihan
Di seluruh dunia

Sesungguhnya ALLAH tidak menguji sesuatu kaum
Kecuali sekadar yang termampu oleh mereka.

LMM
4/8/2014

No comments:

Post a Comment