Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sardin goreng sedap.

Selain dari resepi sardin ringkas, ada lagi satu cara memasak sardin yang bukan
saja mudah dimasak oleh sesiapa saja, terutamanya orang bujang. Malah jika anda
sukakan kelainan boleh menukar gaya masakan sardin. Dari berkuah kepada kering.
Ini sebenarnya resepi sardin orang malas. Namun percayalah, kesedapannya tetap
terasa. Jadi apa tunggu lagi.....
jom kita masak resepi sardin goreng sedap.         

                                              
cara masak sardin, sardin goreng, cara sedapkan masakan sardin, resepi mudah sardin goreng, pelbagai resepi sardin, reserpi sardin
                                                             Sardin goreng ringkas



 Bahan-bahannya :-

1 tin sardin ( ikutlah apa brand sekali pun )

Bawang besar 1 @ 2 labu

Bawang putih seulas

Lada besar 2 batang ( hijau / merah )

Lada cili 10 batang ( kalau tak guna lada cili,guna je lada besar semua. Campurkan warnanya )

Limau kasturi @ limau nipis.

Cara-caranya :-

Buang kuah sardin yang dalam tin. Toskan. Goreng sarding dengan api perlahan.
Jangan lupa gunakan penutup kuali bila mengoreng sardin. Kalau tak.....siap le,macam
kena tembak dengan mercun le jawabnya awak. Goreng bagi dia garing sehingga warna
nya berubah coklat ke hitaman ( tapi tak retung ya . Hehehe ). Dah masak, angkat dan
asingkan.

Mayangkan bawang besar, bawang putih dan semua lada tu. Gunakan minyak bersih
yang lain untuk menumis semua bahan yang dihiris itu tadi sehingga naik bau dan layu.
Angkat. Siramkan tumisan bahan tu ke atas sardin goreng yang telah disusun di dalam
pinggan macam yang kat bawah ni. Bila nak makan perahkan potongan limau kasturi
atau limau nipis ke atasnya. Sedap bila dimakan panas-panas bersama nasi panas.
Sedap dimakan bersama ulam dan potongan timun yang dihiris kecil.

Nak lebih best campurkan tumisan bawang dan lada tu dengan petai yang dihiris nipis.
Hemmm......memang sedap. Cubalah.



goreng sardin, resepi sardin goreng, sardin goreng ringkas, resepi sardin sedap, resepi sardin ringkas, orang bujang masak sardin, masak sardin goreng
Err.....yang ada cuma ulam timun je. Petai dah habis guna buat sambal udang. Hehe




No comments:

Post a Comment