Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Travel log gulai daging rebung madu.

Tekak aku memang ada masaalah sejak dari dulu. Kalau aku suka sesuatu makanan tu ,
mesti aku cari sampai jumpa. Kalau boleh tak payah la masak hehehe. Tapi bila tak boleh
nak dibeli di gerai-gerai, terpaksalah aku usaha masak sendiri. Ini semua penangan balik
makan kenduri kat rumah sepupu di Perlis. Biasanya rebung memang aku tak pernah
masak dengan gulai daging, tapi kat Simpang Empat Perlis, kenduri kawinnya masak
cenggini campur rebung madu, somtam dan kari dalca campur tetel. Hemmm........sedapnya.



                             Ni bukan yang kat Perlis, Ni gulai yang aku masak sendiri.

Orang Perlis ni pandai betul la buat tekak aku mengaruk macam orang mengidam.
Bukan setakat gulainya aja yang sedap malah biskut semperitnya juga sedap. Rasanya
dah berkurun aku tak makan kuih semperit. Bila kakak aku beli satu bekas sewaktu
kami berhenti di Stesyen Minyak Shell, aku cuihkan aja. Tapi bila dia dah hulur sebiji
terpaksalah  aku ambil dan telan.

Alamak, memang sedap sangat kuih semperitnya. Apa lagi..., balik dari rumah kenduri,
kami cari semula stesyen Shell kat Simpang Empat tu dan terus beli 6 bekas. 1 bekas
harganya 6 hinggit. Err..., bukan aku yang belanja sebenarnya tapi kakak aku belanja.
Duit FELDA dia banyak, apa ada hal hehehe......

Malam tu tidur pun mengigau gulai daging campur rebung madu. Ahh sudah kerja.
Orang lain angau dengan orang. Aku angau dengan lauk. Esoknya dalam 11.15 am
terus start kereta keluar dari Padang Serai Kedah shoot terus ke BB. 12.05 tengahari
kami singgah di R&R Gunung Semanggol, perut kami semua dah bunyi gendang perang.
Minta di isi. 1 jam berhenti makan dan belum sempat masuk waktu zohor aku jalan terus.
Niat di hati nak sampai di ofis Klang Lama dalam 4pm tapi terpaksalah masuk ke BB
singgah bagi kucing makan, jempur kain, letak dulu baju kotor dalam washing machine
dan ambik surat beranak untuk Hafiz buka akaun bank dia. Waktu aku sampai di BB
baru pukul 3.15pm. Mak cik Zizah tenung muka aku dan geleng kepala tapi muka dia
senyum. Hafiz macam tau apa yang ada di kepala mak cik aku, " rilex nek, mama dah
biasa bawa jet pejuang."

On the way to Kang Lama, talipon Hafiz pulak berbunyi. Tante dia talipon tanya dah
sampai mana. " Dah sampai kat Jalan Syed Putra tante, dah nak masuk kat ofis papa
kat Klang Lama." Dan waktu aku sampai ofis my hubby , memang ngam-ngam jam
4.30pm. Kali ni hubby aku pulak yang geleng kepala. " You terbang ke drive Lamboghini
ni sayang ? Kan i dah pesan, ingatlah orang yang tersayang.............. "

" Ni ingatlah ni sebab tu sampai KL 4.30 petang. Bawa MyVie je. Kalau bawa KIA 3.45
pm wife you dah sampai KL. Kalau i bawa Lamboghini ........., agaknya sebelum pukul
2 petang le i sampai hehehe......... "

" I kawin dengan racer agaknya ni. Berapa petrol Myvie ? " hubby aku tanya.

" Jimat. RM 68 sampai Alor Setar Kedah. Nak masuk ke Perlis tambah RM 20 je lagi...
tu pun masih ada lagi 2 takuk. Kalau i bawa KIA jawabnya tak merasalah petrol sejimat
tu. Pergi balik Perlis dari Rawang sampai ke Klang Lama ni dalam RM 175 je.
Selamat lah sikit duit kan ? "

" Tol ? "

" Tol pulak isi RM 120 dari BB sampai ke Padang Serai, pergi ke Perlis, balik semula ke
Padang Serai, masuk ke BB dan sampai ke Jalan Klang lama. Ada lagi baki RM 14.00..
......masih ok lah kan ?"

Aku kenyit mata pada hubby. Hubby aku tenung muka aku dengan tersenyum.
Heh, aku lagi la senyum. Pasal tau dah, dia kena bayar aku extra sebab dah berjanji
dengan aku, kalau Myvie tu balik in 1 piece dia bagi aku extra RM 500. Hehh.......
ingat, aku dah terlupa cara nak bawa kereta manual ? Ngeh, ngeh, ngeh. Ingat aku ni jenis
manja sangat sampai nak kena berambik kat Kedah ? Huh, dia terlupa bini dia racer alias
barbarian.

Aku singgah kat Klang Lama ni sebab ada client yang nak jumpa di sebelah malam.
Esoknya jumaat, aku cadang nak balik tapi Hafiz pulak beritahu heboh kat BB catuan air
dah bermula semalam. So kansel le rancangan nak balik rumah. Berkampung lagi lah aku
kat ofis. Nasib baik ofis laki aku memang ada standby bilik untuk kami anak beranak bila
datang bertandang dan ada dapur yang boleh digunakan. Malam semalam aku turun ke
Giant OUG ( belakang ofis je ). Cadang nak cari lauk untuk masak hari sabtu tetiba
terpandanglah pulak rebung madu yang dah siap dipeketkan RM 3. 69 sepeket. Hehehe.....
memang rezeki aku lah. Aku beli 3 peket, beli daging siap dengan tulang-tulangnya sekali,
beli udang, petai dan perabah lain. Malam tu juga aku kerjakan daging tu semua. Rebus
siap-siap. Maklumlah nak empukkan daging kenalah lama sikit so hari ni bolehlah aku
ringkaskan masa masakan aku. Tadi jam 12.15 alhamdulilah aku dah siap awal. Branch
sekali ( breakfast and lunch ) kari /gulai daging campur rebung madu aku siap sekuali
besar. Sambal petai campur udang sekali. Buat air teh O 1 jug.
Hemmm........, alhamdulilah. Kenyang aku makan anak beranak.

Hubby aku tak ada. Pagi-pagi lagi dia dah bertolak pegi Melaka. Oleh kerana dia tahu aku
memang tengah kemaruk makan gulai tu, dia cakap dengan aku tak apa, makan le sampai
habis. Tapi dia nak nasi goreng kampung aku juga bila dia balik rumah malam nanti.
Alamak..., kena masak juga nampak gayanya tengah malam nanti.

" Mak cik, kenapa gulai daging yang Lyn masak tak mau hitam macam yang kat Perlis
tu ya ? "

Mak cik aku selamba jawab sambil menyuap rebung muda ke mulut, " dia orang pakai
kuali hitam sebab itu gulai dia hitam. "

Iya ke ?


Hari ni aku masak sekuali besar gulai ni. Boleh le buat melayan tekak untuk hari ni.

Yang ini pulak gambar semperit dari google

Semperit yang sedap tu - tinggal bekas kosongnya aja. Semperitnya semua dah terjun
ke perut. Betul-betul sedap biskut semperit jenama BEST ni.
                   

1 comment: