Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang berlaku ?

Apa yang berlaku untuk 3 bulan pertama di tahun 2014 ini :-

1. Gelombang banjir ke 2 yang hanya berakhir pada pertengahan Januari 2014

2. Musim kering/kemarau yang tidak dijangka menjadi sehebat sekarang.
    Jujur, saya tidak pernah mengalami musim kemarau seperti  ini . Tapi lukisan alamnya
    sebelum masuknya kejadian jerebu memang indah. Kadang terasa seolah berada
    di luar negara.

3. Penamat kepada fenomena panas adalah apabila air mula dicatu di negeri Selangor.
    Selalunya bila diberitakan air dicatu, ikut pengalaman yang sudah-sudah walau
    tempat lain 'kena', dikawasan kami selalu aja terlepas. Alhamdulilah. Nak jadi cerita
    di awal jadual catuan air, saya sibuk jugalah mengumpul air dalam pelbagai takung,
    balang, baldi,periuk, besen, tong air dan segala tempat yang boleh ditakungkan.
    Tunggu punya tunggu air tak juga dicatu. Mata mula rimas memandang bekas-bekas
    yang begelimpangan di dapur, bilik air, dan di halaman rumah. Hari itu adalah hari ke 2
    air dicatu. Tapi air dirumah saya ada lagi. Elok saya gunakan semula separuh simpanan
    air yang dah ditakung tiba-tiba air disingki berhenti mengalir. Sudah kerja. Inilah yang
    orang tua-tua ingatkan mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurah jangan.
    Nah kau...., tak pasal-pasal aku kena berlari ke Klang Lama, tidur di ofis di sana dengan
    anak-anak. Dah tu camno, nak buat beristinjak pun air dah tak ada !!

4. DSAI akhirnya didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari dan
    dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

5. 8hb Mac 2014 ( sehari selepas DSAI dihukum ), negara dikejutkan dengan misteri
    kehilangan pesawat MAS MH 370. Ya Allah, dugaan dari MU silih berganti.
    MH 370, kami masih menanti mu dengan harapan. Kami masih mengharapkan
    keajaiban. Dan disaat ini, kunci paling hebat yang kita punyai adalah DOA.
    Wahai MH 370, kami kirim doa untuk mu melalui orang-orang soleh.
    Kami kirim doa untuk mu melalui waris terdekat mu yang pasti sangat-sangat
    menyayangi mu. Malah kami faham, tidak sempurna iman kami jika kami tidak
    menyintai mu dan mendoakan keselamatan mu. MH 370, kami rakyat Malaysia
    kini bersatu dan sentiasa mendoakan keselamatan mu. Jika doa kami diterima Allah,
    maka terbukalah hijab kelibat mu. MH 370 kembalilah. Kami masih menantimu di sini.

6. Dari 9hb sehinggalah sekarang, kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Di tempat
    aku tak payah cerita.Pagi, petang, sampai ke malam ada je kawasan yang terbakar.
    Dulu hanya kena bahang dari Seberang, sekararang dapat dirasai dan dilihat sendiri
    keadaannya. Bomba standby 24 jam. Sibuk padamkan hutan yang terbakar.
    Kalau jerebu kelmarin-kelmarin orang dok kalut dengan mask, sekarang tak de nya
    dah. Agaknya dah kebal dengan jerebulah tu. Aku ? Jerebu-jerebu ni aku memang
    elakkan berada kat luar, sayang kulit muka kut. Hemm.


      ##### TAK TAU APA LAGI YANG NAK JADI SELEPAS INI #####

.

No comments:

Post a Comment