MLM
MLM atau Multi Level Marketing aka network marketing adalah sistem yang
menjalankan perniagaan berbilang tingkat......, bila kita menyebut perkataan MLM,
yang pertama terlintas di fikiran adalah jualan langsung. Ramai yang gerun, fobia
malah sudah ramai juga yang taubat nasuha mendengar perkataan majik ini. Terasa
macam nampak polong bila kita tahu orang yang kita kenali itu melibatkan diri dalam
MLM. Kalau boleh sorok, rasa ingin menyorok di belakang langsir. Nampak aja
bayang si beliau melintas depan rumah, kalau boleh nak cepat-cepat tutup pintu rumah.
Dengar aja 'dia' bagi salam atau call, terasa macam nak kena sawan atau kancing gigi.
MLM sudah menjadi fobia kepada kebanyakan orang. Kenapa begitu ?
MLM di kebanyakan masa dijalankan secara serius tetapi santai. Banyak
melebelkannya sebagai perniagaan kedai kopi. Ramai mengelarnya meniaga larut
malam. Tapi kawan saya seorang nutritionist dari Kelantan dan memang aktif
dengan MLM satu masa dulu menggelar MLM itu sebagai meniaga lain macam.
Matt Ghouzi seorang doktor tapi meninggalkan jawatannya dan terus menceburkan diri
dalam bidang pemakanan dan seterusnya aktif sebagai sifu MLM. Dia kata kerana MLM
lah hidup dia lebih bermakna. Dapat pusing seluruh dunia dan dapat ramai kenalan. Kerja
sedikit dibuat beramai-ramai menjadikan sales target sangat mudah untuk dicapai. Yang
penting ada kerjasama di dalam kumpulan tadi.
Seorang doktor microbiologi lulusan Harvard yang juga merupakan CEO sebuah syarikat
MLM ketika sesi bincang santai memberitahu saya; MLM adalah perniagaan yang paling
seronok untuk diceburi jika kita faham bagaimana sistemnya bekerja. Jika kita tahu tendang
terajang dan geliciknya, kita akan lebih mudah pergi ke depan.
Cari orang. Ramai yang ngeri bila disuruh mencari.
Dailog yang dicopy paste dari FB. Credit to my friend Frodzi Odzon.
Satu masa dulu saya juga beranggapan negative tentang MLM. Walaupun saya pernah
menyertai beberapa syarikat ( tak sampai 5 pun rasanya ), saya buat jadik. Balik modal
dan untung berkali-kali tapi saya tidak pernah buat dengan rela hati. Saya buat kerana survival.
Saya tidak pernah menjadikan MLM sebagai karier yang boleh dibanggakan. Saya malu
untuk mengaku saya buat network marketing. MLM tidak tidak pernah ada di hati saya.
Mengapa ?
Ahaa.....kita sambung lain kali ya ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment