Apa lagi, jom beraktiviti menjengah anak di MRSM Trolak. Dari situ dengan versi comot-
comot kami naik ke Cameron Highland. Ini kali ke 3 aku memanjat ke sana. Kali ke 3
selepas 20 tahun hehehe. Perjalanan yang bagai ular kena palu, anak saudara ku muntah
3 kali sepanjang perjalanan. Nurul dan Daniel rilex je. Sebaliknya Hafizul yang mula mabuk.
Untuk mengelakkan muntah, dia bantai tidur. Hampeh. Harap badan je sasa dan berotot.
Apa pun Cameron Highlands memang dah tak berkabus lagi.
Pemandangan ladang teh di sini memang mengasyikkan. Di sini ada disediakan
hentian untuk pengunjung berhenti menikmati pemandangan, membasahkan tekak
dengan minuman dari beraneka jenis teh bersama kek atau biskut yang disajikan.
Walau mentari masih bersinar namun bahang teriknya tidak terasa.
Anginnya nyaman dan redup. Mendamaikan hati.
Banjaran ladang-ladang teh yang subur menghijau, memang pandangan
yang menyegarkan mata.
melayu dan ala-carte. Kapan kan terjadi ya ?
Macam-macam ada. Tapi aku tak masuk la.
Yang pasti dia orang ni bukan anak aku. Kebetulan waktu aku snap gambar dia
orang berdua ni tengah posing. Aku snap je laa, apa ada hal.
Hafizul check duit dalam walet, ada lagi ke dak nak beli coklat ni ?
Nasib baik ada lagi 5 hinggit. Lepas la untuk makan kt kafe sekolah lepas prep.
Tak payah susah-susah cari. Gambar aku memang tak ada di situ hehehe.....
Bapak dengan anak-anak. Yang baju merah tu tak padan lengan luka jatuh motor,
masih ada hati nak buat peace.
Tak sempat naik sampai Berincang, ada kebun strawberry kat sini yang ini
tak nak menjadi strawberrinya. Bolehla.......nak kena kejar masa hantarHafiz balik semula ke asrama.
Cuba teka di mana ni ?
Tak de kerja aku nak campak duit kat situ baik aku buat beli gula-gula lagi bagus.
Strawberri tak ada, bergambar dengan bunga matahari jadilah.........
Ini aja yang tinggal. Hampeh.
Ini gambar lebah. Cuba cari mana ratunya ???
Pusing tengok ladang kosong je laaa..........
Rose, i love you. |
No comments:
Post a Comment