Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lyn gagap

Ini adalah entri pertama aku di bulan April. Iaitu selepas hampir 2 minggu tiada up date
di blog ini. Sibuk ? Boleh la sikit-sikit. Aku menyibukkan diri dengan urusan Cellmaxx,
dengan urusan sendiri dan mengendap 'currency market' ( yang ni favorite aku ).



5hb April bertempat di Glory Beach Resort untuk julung kalinya Cellmaxx mengadakan
kursus kepimpinannya di situ selama 2 hari. Aku antara yang terpilih. Beberapa isu
perniagaan dibentangkan di situ salah satunya adalah cerita tentang 'perkongsian
kejayaan' leader-leader / otai-otai MLM yang terdahulu.

                                   

Aku duduk yang dalam bulatan tu. Kalau perasan DJ Zam dari Ikin FM juga merupakan
salah seorang dari motivator dan MC di situ. Dato Sheqal bekas penyanyi nusantara
era 90an juga berada dalam satu kursus dengan kami.

Salah seorang motivator yang dijemput hadir adalah En Hardy Ardy millioner MLM
dalam beberapa buah syarikat MLM di Malaysia.

" Nak tau kat Malaysia ni ada beberapa orang leader MLM yang gagap tapi income
dia orang dashyat-dashyat belaka. Nama dia M***D gagap. Dia ni adik beradik.
Orang melayu kita. Malu kalau you all ni semua jumpa dia income cuma 2/3 ribu. Si gagap
ni income dia tak mati 50 ribu sebulan.......pelik bin hairan kan ?" En. Hardy Ardy bertanya.

Tapi yang saya nak ceritakan di sini adalah kisah kejayaan MLM di Indonesia yang pada
masa itu nilai wangnya adalah jauh lebih rendah dari nilai wang kita, yang setiap kiraannya
main jutaan rupiah, bentuk muka bumi dan jarak perjalanan yang jauh untuk ditempuh bila
ingin mencari pelanggan dan pada waktu itu, mereka tidak punya kuasa beli seperti kita
di sini tapi perniagaan MLM di sana berlangsung dengan sangat dasyat. Dan orang yang
sangat berjaya di MLM di sana adalah seorang leader yang gagap. Satu hari sewaktu
meraikan kejayaan syarikat kami memanggil leader ini dan bertanyakan rahsia kejayaannya.
Tentang bagaimana dia berjaya memperoleh pendapatan tidak kurang 50 ribu US dollar
setiap bulan......Nak tau tak ? Nak tau tak ?

Maka dengan susah payah si Anton ( bukan nama sebenarnya ya ) bangun, keningnya
bercantum, mula memuncungkan mulutnya, " Ebbb...be...be....beneran ie....ie.........ie.....
ingin tau nih ?" Oh iya dong pak. Kabarin aja, gimana kisahnya, jawab hadirin.

" Jjjjjjjjj....je.....je......jadi ggggg........gi   gini. Te....te....ti.....ti.....tiap kkkkali sssa saya nemuin
customer.......ssssaya.........dddd  du duk dddddi.......ddde depan mereka ...........berrrrrrrrrrr
sssssama pppproduk. Lantas saya tanyain, a, a, a, aaapa ke,,ke, kkkalian mauuuuu.....
beli produk atau mma.....mau saya bi bicara ....tentang eeeema...mma....emmmarketing
plannya ????

Yaaa......bbbb....baa...barangkali, b, bi, bii, bicara saya kelamaan deh, terusss...
barangnya dibeli aja. Jjj   ja, jadi...ce....ce....cccclosed dong salesnya."

Waduhhh, kami semua terkejut mendengar ceritanya. Aku lagi la tak payah cakap.
Mengekek-ngekek aku ketawa. Aku dapat bayangkan cara leader tu approach
setiap pelanggannya dan memek muka Hardy Ardy yang bercerita dengan selamba
benar-benar buat urat perut aku rasa nak putus.

Rasanya lepas ni.....aku nak tukar tektik closinglah pulak - jadi Lyn Gagap. Amacam ?



No comments:

Post a Comment