Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Strok Haba.

STROK HABA ? Bertapa aku terlepas pandang pada perkara ini walau dalam masa
yang sama merasai bahang panas yang semakin menjadi-jadi pada musim ini. Strok
haba atau Heat Stroke ini diramalkan bakal berlarutan sehingga Mac ini. Hemmm..
bayangkan lah murid-murid yang terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum samada
di sebelah pagi atau petang, pasti perit keadaannya. Harap-harap aktiviti
ko-ko boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar
pulih.

Malam tadi berita di TV3 pula menyiarkan tentang ura-ura persekolahan yang boleh
ditangguhkan seandainya keadaan semakin gawat. Definasi strok haba seperti yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham dalam berita
bernama mengatakan : Ianya berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5
darjah celcius. Dan antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut,
mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas dan denyutan nadi yang
pantas.

Rawatan sementara yang boleh dilakukan terhadap mereka yang terkena strok haba
pulak adalah menempatkan mereka di dalam bilik di tempat teduh dan berhawa dingin.
Atau boleh juga direndamkan dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba atau
mengelap tubuh dengan kain yang basah.

Aku memang bimbang dengan hal ini. Bimbang kerana bila di darjah empat Daniel sudah
mula menghadiri aktiviti kokurikulum. Dia tu pulak mudah kena demam panas bila terdedah
lama pada panas matahari . Malah demam panasnya pula beserta dengan sawan dan
dalam masa 15 minit suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah celcius. Dengan bibir pucat
lesi dan mata buntang ke atas sampai tak nampak mata hitam........hati ibu mana yang
tak kecut ?





No comments:

Post a Comment