Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa
kau sentuh
kerana
langkah merapuh
tanpa diri mu
oh kerana
hati telah letih........
Aku ingin menjadi sesuatu
yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu
bahawa
aku selalu memuja mu
tanpa mu
sepinya waktu
merantai hati
oh bayang mu seakan-akan.....
Lagu Dealova dendangan Once memang popular 5 tahun dahulu. Tapi bagi aku lagu
ini masih sangat syahdu dipendengaran dan mendamaikan perasaan. Dealova bererti
sesuatu yang mengharapkan cinta atau kasih sayang. Tidak semestinya dari manusia
tapi mungkin darri Tuhan yang menjadikan hambanya.
" Kalau kakak jadi pokok, Daniel nak jadi apa ? "
" Kalau kakak jadi pokok....., Daniel akan jadi tanah. Pasal pokok tak boleh hidup
tanpa tanah. "
" Kalau kakak jadi sungai, Daniel nak jadi apa ? "
" Kalau kakak jadi sungai, Daniel akan jadi batu. Pasal batu akan terus temankan
sungai dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus."
" Kalau kakak jadi bunga, Daniel nak jadi kumbang ?"
' Tak maulah jadi kumbang. Kumbang nanti tinggalkan bunga. Daniel nak jadi matahari
yang selalu menyinari pokok. Kalau tak ada matahari pokok tak boleh hidup kan ?"
Argggh !!!! Aku tension. Aku tension dengar 2 beradik ni berdailog kat belakang.
Nak memandu macam tak concentrate dengar dailog jiwang camtu. Help me !!
No comments:
Post a Comment