Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aurat di Kanching

Teringat untuk menulis kisah ini memang dah lama tapi tidak berkesempatan.
Kisah ini sebenarnya berlaku di awal bulan Januari tahun ini. Waktu itu Farah
hampir habis cuti semester. Adik-adik yang lain berat melepaskan dia pulang ke asrama.
Anak saudara sepupu yang sekarang sudah berpindah duduk dengan aku juga sudah
sangat selesa dan manja dengan kak long ( Farah ).

"Apa kata kita pegi mandi air terjun Kanching ma ? Dah lama kita tak pegi......"





Tiba-tiba Farah menyuarakan cadangan dan semuanya terus setuju. Yeaa...., aku
dapat tugas lagi. Jadi driver merangkap tukang masak dan organizer tour to Kanching.
Oleh kerana anak lelaki yang ikut cuma Daniel, aku tak adalah bercadang masak bagai.
Buat sandwich sardin dan telor, dan nasi lemak sambal sotong sudah. Sedang kami
bersiap-siap pagi tu Farah bertanya, " nak pakai tudung ke ma ? "

Aku terdiam. Kemudian baru aku jawab, " akak nak mandi ke tidak ? "

" Nak." Dia mengangguk.

" Kakak dah tau kan pendapat mama apa........

Macam biasa Farah hanya senyum. Mungkin aku keterlaluan dalam pendapat aku dan
tidak selayaknya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang 2 darinya memakai hijab
memberikan pendapat yang berbeza dari ibu-ibu yang lainnya.

" Tapi kita berdosa kan ma bila buka tudung. "

" Memang berdosa. Tapi fikirlah sendiri, kat sana tu bukan ada tempat mandi yang
berasingan antara lelaki dan perempuan. Semuanya mandi dalam kolam yang sama.
Yang pakai tudung, yang tak pakai tudung, yang pakai baju lengan panjang,pakai baju
labuh, yang pakai lengan pendek bila dah terjun ke dalam kolam dengan pakaian kering
dan keluar dari kolam dengan pakaian yang basah........apa yang akak nampak ? "








" Nampak badan basah, dengan baju melekap kat badan lah ma. "

" Hah, tau tak apa."
Aku kemudian berlalu untuk meneruskan persiapan ke Kanching.

Memang bagus perempuan-perempuan yang terjun kolam masih bertudung.
Setidak-tidaknya masih berusaha menutup aurat. Tapi bila kau keluar dari kolam
dalam keadaan basah.....bukan setakat nasi lemak 50 sen atau nasi lemak
seringgit jelas kelihatan, malah baju labuh yang melekat ditubuh tu alur punggongnya
sangat jelas dipandang. Jadi mana dia yang tutup auratnya ?

Dan semua orang tetap nampak benda tu termasuk yang
bujang atau laki orang, cuma mereka tak bersuara aja. Suami orang tu tengok bini
orang ni. Orang bujang ni tengok baju yang basah kat bini orang tu.
Ini kenyataanya tak payah dinafikan. Dah tak payah pakai teropong-teropong dah. Kerana
sebenarnya waktu itu tak ada beza pun antara yang bertudung dengan yang tak bertudung
bila mandi di tempat terdedah dengan baju basah yang melekap di badan. Sama aja.

Hutan Lipur Kanching memang menerima pelawat asing yang datang beriadah
bersama family terutamanya pelancong-pelancong Arab. Mereka sanggup mendaki
anak tangga yang tinggi, memanjat batu-batu licin sambil mengheret stroller bayi dan
anak-anak kecil mereka untuk sampai ke tingkat yang paling atas. Dan mereka ini lengkap
berabaya / berjubah malah siap berpurdah hitam. Aku tak rasa orang kita larat panjat
dengan anak-anak untuk sampai ke tingkat atas sekali. Hanya sekali saja aku pernah
sampai ketingkat yang ke 3. Itu pun selepas Hafiz beria-ia mengajak akui berexplore
di situ. Anak-anak yang lain aku tinggal di bawah kerana bimbangkan keselamatan
dia orang.

Kalau tak mau aurat terdedah,jangan mandi di tempat terbuka. Buat macam
perempuan arab yang beriadah di sana. Dengan berpurdah dan nampak mata saja
dan walau teruja dengan kesejukan, kesegaran Sungai Kanching, kenyamanan air
terjunnya.......habis kuat mereka hanya encak-encak air dengan kaki yang pastinya
tidak pun melepasi garisan buku lali mereka. Mereka akan berbual riang sesama sendiri.
Mereka sanggup menahan rasa teruja. Kerana apa ? Kerana menghormati baju yang
disarungkan ditubuh mereka pada ketika itu. Walau ada yang datang dengan baju yang
berfesyen  tapi selagi masih berhijab tetap mereka tidak akan terjun di kolam mandi
di Kanching. Sebaliknya mereka lebih senang mengambil gambar kehijauan dan
kesegaran Hutan Lipur Kanching.

Soalan pertama yang ditanya pada anak adam bila ia mati nanti adalah tentang solat.
Bagus urusan solatnya mudahlah timbangan yang lainnya. Soalan pertamanya bukan
tudung. Tapi perintah bertudung itu JELAS DAN WAJIB malah tidak boleh dinafikan.

Tapi yang paling celaka adalah bila kita mengwar-warkan atau memperbesarkan amal
untuk dilihat oleh manusia. Kerana ia termasuk dalam sifat riak. Celakanya riak adalah
bila mana  Allah tidak sudi memandang segala amalan yang kita lakukan jika di dalam
nya ada terkandung sifat riak walau pun hanya sebesar zarah.





No comments:

Post a Comment