Dr Orji Uzor Kalu jutawan ternama yang berasal dari Nigeria berkata ;
" Seseorang businesman itu mestilah pandai mencium peluang-peluang perniagaan sama seperti seorang wartawan yang bijak menghidu peluang-peluang berita. Sekiranya mata, telinga, hidung, hati dan otak dapat bekerjasama dengan bagus, anda akan dapat menghidu peluang perniagaan yang berada di mana-mana. "
" To win big, you sometimes have to take big risks " - Bill Gate
Aku teringat salah satu kisah yang biasa diceritakan di ceramah motivasi. Kisah seorang nelayan miskin yang selalu berdoa kepada yang Maha Kuasa untuk diberikan peluang yang lebih baik dalam kehidupannya tapi bila peluang itu akhirnya datang - tidak diendahkan. Silapnya dia kerana bertawakal tidak kena tempat dan tidak dapat membezakan manakah rintangan, manakah pertolongan yang diperlukannya.
Mungkin masih ada yang belum tahu tentang kisah ini. Alkisah di sebuah negara antah berantah hiduplah seorang nelayan miskin yang kais pagi makan pagi. Apa yang dia ada hanyalah sekeping jala buruk yang koyak rabak dan sentiasa perlukan tampalan dan sebuah perahu yang uzur. Nelayan ini tidak dapat pergi jauh ke tengah lautan kerana sedar akan kekurangan yang dimilikinya. Seharian dayungan perahunya hanyalah di persisir pantai dengan hasil yang tidak seberapa. Lalu dia berdoa, " Ya Tuhan, kurniakanlah kepada ku peluang yang lebih baik dari ini. Agar dengan peluang mahupun pekerjaan yang lebih baik itu dapat aku meneruskan hidup dan seterusnya menjalankan tanggungjawab ku untuk menyara keluarga.
Ibu ku sudah tua dan uzur Tuhan. Isteriku tidak punya pekerjaan selain menguruskan anak-anak di rumah. Sedang anak-anak ku pula masih kecil dan mereka tidak tahu apa-apa. Kasihanilah hamba mu ini. Aku tidak tempat untuk mengadu kecuali kepada MU Tuhan. Kurniakanlah aku peluang untuk mencari rezeki yang lebih bagus dari apa yang aku punya sekarang. " Dan untuk memudahkan cerita biarlah saya namakan nelayan ini sebagai A.
Dan doa itu dipohonkannya hari-hari. Satu hari rakan nelayan mengajaknya pergi ke tengah laut dengan menggunakan bot mereka yang kondisi botnya lebih bagus dari sampan
nelayan yang bobrokan. Dan takdirnya hari itu hasil tangkapan mereka lumayan hebat.
Sedang mereka asyik menaikkan hasil tangkapan tiba-tiba tiupan angin bertukar menjadi kencang. Laut bergelombang dan ribut melanda mereka ditengah laut. Sebuah bot kecil ternyata tidak mampu menahan pukulan ombak yang menggila. Bot itu akhirnya karam. Hasil tangkapan terhumban semula ke dalam laut. Itu semua tidak dipedulikan sebaliknya yang difikirkan oleh semua nelayan yang terlibat adalah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Ada yang berpaut pada tong yang tercampak, ada yang berpaut pada papan sekeping malah apa saja yang mampu terapung pasti ditangkap oleh nelayan-nelayan tersebut.
Di antara semua rakan nelayan yang sama jatuh ke laut hanya nelayan A yang
membiarkan dirinya dipukul ombak tanpa bergantung kepada satu apa pun. Dia seolah
pasrah membenarkan tubuh dilambung ombak menggila.Tiba-tiba datang sebuah perahu
kecil menghulurkan dayung untuk dicapai oleh nelayan A tadi. Huluran dayung itu ditolak
oleh nelayan A dengan katanya, "oh tidak mengapa wahai kawan. Pergilah. Aku pasti
Tuhan akan menolong ku kerana aku telah berdoa setiap hari kepadanya. Kau tolonglah
kawan-kawan aku yang lain."
Perahu kecil pergi meninggalkan nelayan A dan menyelamatkan rakannya yang lain.
Tidak lama kemudian datang sebuah bot yang lebih besar dan mereka menghulurkan
pertolongan kepada rakannya yang lain namun bila sampai ke nelayan A, dia masih
menolak untuk ditolong.
" Jangan hiraukan aku, Tuhan aku ada. DIA pasti datang untuk menolongku, "
nelayan itu berteriak dan terus menolak untuk diselamatkan. Bot itu kemudian berlalu
pergi mengutip rakannya yang lain. Nelayan masih berenang melawan ombak di laut dan
terus berdoa di dalam hati.
" Tuhan.., hamba mu ini di dalam kesulitan...hulurkanlah bantuan untuk ku."
Satu jam kemudian sebuah kapal yang lebih besar melalui kawasan itu lantas melihat
nelayan yang mula keletihan . Pelampung dicampak ke air dan mereka berteriak dari atas.
" Nelayannnn !!! Ambil pelampung tu, kami akan menarik kamu ke atas kapal ! " jerit anak kapal.
Nelayan yang semakin keletihan hanya menggelengkan kepala dan berkata , " pergi kamu semua dari sini. Jangan pedulikan aku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Tuhan ku. DIA tidak akan membiarkan aku mati di lautan ini. TUHAN KU AKAN MENOLONG KU !"
Pelampung yang merapatinya ditolak ke tempat lain. Nelayan masih rela berhanyut.
Keadaan laut yang bergelora membuatkan anak kapal takut terjun ke laut untuk menyelamatkan nelayan sebaliknya berteriak dan memujuk nelayan untuk mengambil pelampung mereka dan mereka akan menariknya ke kapal. Namun kedegilan nelayan A membuatkan mereka mengerti yang dia memang tidak mahu ditolong. Akhirnya kapten kapal mengarahkan juru mudi untuk meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Kelaparan, kesejukkan, akhirnya nelayan A akhirnya menjadi semakin letih, lesu dan kehilangan kudrat. Nelayan A mati lemas. Bila dia akhirnya sedar, dia sedang dihadapkan
menemui Tuhannya. Nelayan menjadi marah, dia terus menyanggah Tuhannya,
" Ya Tuhan , aku adalah hamba Mu yang setiap waktu menyembah Mu sewaktu aku hidup
dahulu. Aku reda walaupun engkau memberikan aku kehidupan yang miskin. Tapi di saat
aku mula mendapatkan rezeki yang bagus, engkau malah merampasnya semula dari ku...malahan engkau biarkan aku mati lemas tanpa peduli menolong aku yang pada itu sangat berharap kepada mu. Engkau zalim ya tuhan. Engkau benar-benar zalim."
Sebaliknya Tuhan nelayan itu berkata, " AKU telah mendengar semua permohonan mu bahkan aku telah menjawabnya. Di hari terakhir mu, AKU kurniakan engkau rezeki yang banyak dan aku ingin menguji mu lagi buat kali terakhir. Walau pun hasil tangkapan mu tengelam semula ke laut engkau masih hidup pada saat itu tapi kau menolak untuk di selamatkan selepas 3 kali berturut aku turunkan bantuan. Mengapakah engkau begitu bodoh wahai nelayan ? " Nelayan terdiam.
1. Kadang-kadang pertolongan memang terbentang di depan mata tapi kita yang lambat
mentafsir peluang yang hadir.
2. Tidak ada yang namanya tawakal bulat-bulat. Yang ada hanyalah usaha yang
bersungguh, doa dan akhir sekali barulah bertawakal.
3. Dah tau nak pergi ke tengah laut dalam, jangan gunakan bot kecil. Gunakan bot besar
agar boleh melawan ombak. Tapi kalau dah sampai takdir kapal besar pun boleh karam.
Betul kan ?
berlaku di sekeliling. Kita lebih suka menyalahkan pihak lain atas sebarang kesulitan
yang kita alami. Global currency reset sedang berlaku sekarang. Ada negara yang
sedang mengalami kemerosotan nilai mata wang. Antaranya Brazil, Argentina, Venezuela
dan ( AS ? ). Sementara beberapa negara Asia yang ekonominya semakin mampan
melalui proses penilaian semula / kenaikan matawang mereka. Paling jelas perhatikan
peningkatan GDP Vietnam meningkat ke 5.42% ( menduduki tempat ke 7 di dunia
dan tempat ke 4 di negara Asia Tenggara ) iaitu mengikut lapuran yang dikeluarkan
oleh IMF bagi tahun 2013 .
Masih merupakan tempat/negara yang baik untuk melakukan pelaburan, walaupun tidak
dapat mengatasi perkembangan ekonomi Iraq yang terletak di Timur Tengah.
Sedangkan Iraq sendiri dilaporkan menyimpan harta kekayaan yang berjumlah 16
trillion dollar ! Malah simpanan minyak dan gas aslinya mampu bertahan untuk
selama 150 tahun lagi. ( Petronas ada lagi ke simpanan yang sebanyak itu ? )
Sometimes things that seem is too good to be true is true ;-)
Harga emas masih mengalami carta yang turun naik. Sebaliknya harga silver walaupun mengalami kemerosotan saat ini, dijangka mula mengatasi emas untuk tempoh 3 - 15 tahun akan datang.
Berbanding dengan emas yang hanya dijadikan sandaran kekayaan / kewangan, silver/perak tidak mempunyai stockpiling. Bekalan dunia untuk logam ini dijangka habis untuk jangka masa beberapa tahun dari sekarang. Dan ini membawa kepada kenaikan harganya mengatasi emas antara 200% - 300%.
( Speculate nih. Ahaks. )
Tapi sebenarnya banyak laporan dari luar yang memberitahu tentang peningkatan harga logam ini yang walaupun peningkatannya perlahan tetapi mempunyai potensi peningkatan yang berterusan. Stansberry report pernah melaporkan perkara ini beberapa kali. Umat islam kenalah bersedia dengan semua keadaan itu. Bukalah semula mata pada pertanian dan berternakan sebagai cabang niaga disamping menambah simpanan emas dan perak. Quran sendiri ada mengingatkan ' simpanlah emas dan perak '.
You tube : Silver & Gold - Hidden secrets of Money ( Currency VS Money )
Episod 1 - 5. All of it is worth watching.
No comments:
Post a Comment