Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenapa awak sukakan saya ?

Pernah bertanya pada pasangan anda kenapa dia menyintai anda ? Kenapa dia
sukakan anda ? Pernah tanya ? Biasanya jawapan skema yang kita terima adalah
kerana awak pandai masak, awak seorang yang patuh, kerana awak cantik, awak
lemah lembut, taat beribadah, penyayang dan bla,bla, bla....

Tapi apa perasaan anda kalau pasangan anda jawab cengini : " err...saya sukakan
awak kerana awaklah wanita terakhir yang bertahta di hati saya." Poyos je si beliau
menjawab. Sesetengah dari kita lentuk dan hati pun berbunga bangga.

Tapi paling tak boleh tahan bila laki aku jawab, " sebab u adalah wanita paling degil
yang pernah i kenal. Paling tak boleh belah dan paling buat i tergila-gila."
Nah ....engkau. Tetiba aku rasa macam nak kerambit dia.