Esok jangan layu-layuan
Intailah Pulau Pisang antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Semoga sejarah Batu Putih tidak berulang ke Pulau Pisang. Malaysia dan Johor khususnya dapat mempertahankan kedaulatan di pulau ini dari dirampas secara 'sah' dengan mempelbagaikan aktiviti sebagai bukti 'ketuanan dan pemilikan' ke atas Pulau Pisang.
Batu Putih dalam kenangan.......Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain
Tanah yang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak milik negara lain
( mengapa dirintih ? )
LIFE IS NOT ABOUT WAITING FOR THE STORMS TO PASS..........
IT IS ABOUT LEARNING HOW TO DANCE IN THE RAIN
Tapi hinggalah sekarang, Pulau Pisang pi m ai..pi mai duk tang tu jugak. Sedih kita hanya sebentar. Bagai nak rak menyalak dulunya tapi habuk tetap tak ada sehinggalah sekarang. Mungkin syarikat-syarikat koperat
beranggapan Pulau Pisang tidak mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
Bentuk muka bumi Pulau Pisang jika dilihat melalui Google Earth pun tidak menampakkan yang pulau itu ada pasir yang landai. Lebih banyak batuan keras , teluk dan lekuk serta semak samun yang menghiasi muka buminya.
Nak dikatakan berpotensi sebagai syurga pemancing ? Kalau tengok jawapan di forum-forum kaki pancing yang bersepah di Google ni....jarang sangat pujian diberikan kepada hasil pancingan yang diperolehi dari Pulau Pisang. Namun sekali sekala tidak dinafikan ikan sembilang, ikan pari , ikan tebal pipi tetap menggigit mata kail kalau bernasib baik dan kalau kena musimnya.
Tak ada ke syarikat yang berminat untuk memajukan Pulau Pisang ni ?
Tidak boleh ke Pulau Pisang mengulangi sejarah Genting Highlands bila dimajukan ?
Atau berpotensi kah dia dibangunkan sehebat Pulau Sentosa di Singapura ?
TUNGGUUU......angan-angan ini masih bersambung.
menarik jugak idea tu.. jadikan genting highland kedua..
ReplyDeletepulau lepas jgn dikenang...kan...
ReplyDeletejadi yg belum terlepas...
nilah rupanya pulau pisang..
ReplyDeleteSetujulah..nanti bila ada negara lain yang istihar tu tanah diorang baru nak nyesal
ReplyDeletehttp://noipunyablog.blogspot.com/2012/09/mimpi-ngeri-7-orang-murid-tahun-1.html