Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PULAU PISANG..pulau yang terpinggir ( Part 1 )

PULAU PISANG. Pulau yang dilupakan. Masih terpinggir dari sudut pembangunan.
Pulau Pisang jaraknya hanya 5km dari Pontian Kecil atau 8km dari pekan Benut. Pulau Pisang berkeluasan 446 ekar atau 178.4 hektar. Lokasinya ? Terletak di bahagian selatan Selat Melaka yang sibuk.
Pulau yang berhampiran adalah Pulau Sauh ( yang ke dua terbesar selepas Pulau Pisang ), Pulau Kemudi dan Pulau Tunda.


Pulau Pisang telah diwartakan sebagai sebahagian dari Daerah Pontian melalui Warta Johor Bil 630 bertarikh  4 Julai 1985. Lanjutan dari itu Pulau Pisang telah diwartakan sekali lagi sebagai sebahagian dari pentadbiran Majlis Daerah Pontian pada Jun 2005. Bagaimana pun terdapat sebuah rumah api yang diselia tadbir oleh kerajaan Singapura di pulau ini. Mushkil ? Jangan binggung. Rumah api ini dibina menerusi perjanjian yang dibuat antara Sultan Ibrahim melalui satu identure bertarikh 8 Oktober 1900 yang tujuannya hanya untuk menyelia laluan perjalanan kapal-kapal yang melalui perairan tersebut.

Untuk memahami mengapa posting kali berkisah tentang Pulau Pisang . Saya sertakan sebahagian petikan dari blog inijalanku.wordpress.com .

PONTIAN 25 Mei - Kerajaan perlu segera merangka program untuk memajukan Pulau Pisang, bagi menjamin status kedaulatan negara di  pulau tersebut berkekalan, selain dapat memberikan manafaat kepada masyarakat setempat. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji pengambil alihan pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian - Ahmad Maslan berkata , langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan sejarah dengan Batu Putih. Katanya jika ia dibiarkan tanpa sembarang pembangunan samada oleh kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih di masa hadapan. 
" Ini kerana Pulau Pisang menempatkan satu lagi rumah api yang diurus oleh Singapura sepertimana yang telah mereka jalankan keatas Batu Putih sejak sekian lama. " Iaitu sebagai mengambil ikhtibar ke atas apa yang berlaku kepada Batu Putih yang kini telah menjadi milik Singapura yang telah memenanginya berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ ) yang telah lalu.

" Cukuplah Singapura memenangi hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia, tegasnya. Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi 3 buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar berbanding Batu Putih yang sainya hanya 0.1 hektar."
" Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang 
tidak sewajarnya menerima nasib yang sama yang bakal membawa kepada satu tuntutan di masa hadapan.
Justeru Pusat dan negeri perlu segera mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan pemilikan terhadapnya di masa hadapan," katanya.
Tambah Ahmad Maslan sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut 'diaktifkan' dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api sepertimana sekarang.

" Antaranya adalah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih. Sekarang hanya terdapat hanya satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut."
Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor ( PTNJ ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.




Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak  perkhemahan  dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu. " Sebagai Ahli Parlimen , saya amat sedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan mengenai pemilikan rumah api. Bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang lagi Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa  ada satu program pembangunan yang menguntungkan Kerajaan Malaysia dan  negeri Johor ," jelasnya.    

Entri ini bersambung.......TUNGGUUU !

3 comments: