Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wasiat

Aku risau betullah..., ramai sangat yang nak wasiatkan FarmVille dia kat aku. Aku kata dah
aku tak de bercucuk tanam kat Fb. Sebaliknya lebih suka bercucuk tanam kat halaman rumah
aku yang saiznya sekangkang kera. Kat situ aku tanam macam-macam; dari pokok pandan,
pokok delima, pokok betik, pokok kunyit, mata kucing, buluh perindu, pokok kari dan kencur.
Tapi tanah kat belakang rumah aku, tanahnya lebih besar dari yang depan. Nak tau berapa luas
tanah kat belakang ? Hemm, luas la juga. Saiznya adalah sebesar 2 kangkang kera. Dan tanah
luas 2 kangkang kera tu aku tanam dengan rumput dan buat letak ampai panjang aku jer.
Maklumlah anak aku kan berderet. Bila memjemur,  ampai kat rumah dah jadi macam kedai
dobi. Dan di tanah yang sebesar 2 kangkang kera itulah ( yang bile tekak teringin ), sudah
berkali-kali aku tanamkan dengan labu kuning. Aku suka makan pucuk dan buah labu kuning
yang aku tanam sendiri. Sebab tu aku biasa biarkan tanah kat belakang tu kosong, sebulan
sekali jer aku racun sebab tak mau nanti ' ulau melingkau tepi pagau'. Takut mak cik.



Bercakap pasal wasiat ladang di FarmVille yang aku tak terima tu.......
sebenarnya aku dah buat wasiat yang lebih besar dari itu untuk anak-anak aku. Tak risau lah
kalau aku mati nanti, anak aku semua dah dapat warisan. Tak payah nak gaduh-gaduh macam
cerita yang selalu kita dengar tu. Baru balik 2 jam dari kubur dah pakat bertekak, ini aku punya,
yang tu pun aku punya. Engkau punya takde. Anak-anak aku akan rilex je, sempoi. Balik dari
kubur cuma perlu muzakarah dan baca wasiat. Baca dan lantik siapa yang berhak untuk jadi
pemegang amanahnya. Dah tentulah Si Farah kan.., sebab dia yang paling tua. Yang lain tu
baru umur 19,18,17,15, 11 mana layak lagi jadi pentadbir harta.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan berapa banyak wasiat dan warisan  yang aku nak tinggalkan
kat anak-anak aku. Ehh...banyak beb. Kayo anak aku nanti. Apa dia bentuk wasiat tu ?
Suspenkan........

"
"
"
"
"

Jeng jeng. Password.
Password ?
Ya Password.

Aku dah wasiatkan kat anak aku Si Farah semua bentuk password segala bagai akaun.
Dari Fb, Tweeter, Instagram, Google+, Jobdirumah, Paypal, Pasword Astro ( rakaman segala
cerita yang dah aku rekodkan selama nih ), dan of courselah nombor akaun bank aku yang
bakinya cuma tinggal RM 15 hinggit je sekarang nih. Hehehe....