Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi bajet

Teringat sewaktu tinggal kat Johor dulu , apa nama ntah restoran tu. Restoran Karim ???
ke apa namanya tak ingat dah. Restoran ni sentiasa penuh sesak dengan pelanggan.
Harga makananya memang tersangat murah dan ramai pelanggannya adalah terdiri
dari student UTM. Dengan hanya membayar RM 4, anda akan dapat nasi sepinggan
penuh macam bukit, ayam goreng saiz sederhana ( secukupnya untuk dimakan bersama
nasi yang membukit tu ), ayamnya pulak sedap dan pilih le sebarang jenis sayur tapi sejenis
je la. Hah.., itu pun dah cukup bagus untuk mengenyangkan perut student yang sering
kelaparan tapi sentiasa kekurangan wang. Kalau campur air sirap baru bayar RM 5
untuk sekali makan tengahari.


Aku tumpang sekaki. Tengahari je kalau sempat, aku cabut. Tekan minyak menderu
deran ke restoran yang terletak di Taman Universiti tu. Masa tu anak kecik-kecik lagi.
Aku beli 4 bungkus untuk anak aku yang 5 orang memang cukup. Pelik kan ? Anak 5
tapi beli nasi 4. Sebab waktu tu Natasha dengan Nurul memang kecik lagi, baru umur
4 tahun dengan 6 tahun. Dia orang berdua akan kongsi makan - baru nasi tu habis.
Tapi itu harga dulu, 11 tahun yang lepas. Waktu tu harga tak semahal sekarang.

Tapiiiii, hari ni aku pergi la beli nasi bajet yang dah 2, 3 kali aku nampak
( tapi tak sempat nak singgah ). Mood aku memang malas masak hari ni, sebab anak
ada yang puasa ganti, ada yang puasa sunat. Maknya je yang dah habis suma tu. Nak
simpan puasa sunat untuk bulan rejab nanti...hehe. Jadi melayan mood malas, aku suruh
ler si Hafis pegi beli nasi bajet tu. Nak tengok macam mana rupa dia. Sedap ke tak ?
Betul ' killer price ' ke atau bajet-bajet murah jer.

Bila Hafis balik, toing-toing masuk rumah menjinjing sebungkus nasi bajet . Sebungkus
JER ???? Apa ke lurus bendul sangat anak aku ni ? Duit tu cukup untuk beli 3 bungkus.
Ehh...., dia boleh beli sebungkus jer . Aku tak tau samada aku nak tiew dia atau aku nak
tengok dia makan sambil telan air liur.

' Dah mama tak cakap. Cuba cakap suh beli 3 bungkus...., Hafis beli la.' Selamba rock
muka dia. Hafizul Haq !!! Arghhhh !!!

Nasi bajet. Nasi bajet di Bukit Sentosa tu harganya RM 3 sebungkus. Ada ayam goreng
seketul, sambal belacan, sejenis sayur dan yang paling best ada air sirap sekali. PERCUMA
WOK ! Ya Rabbi, murah ya amat.

Hafis kata sedap ! Aku tahu kalau ' tekak mahal ' dia cakap sedap, maknanya memang
sedap tu. Siapa kata dalam kekalutan dan gelisah dengan GST semua barang makanan perlu
naik harga ? Peniaga gerai tu dah membuktikannya. Boleh pun jual harga murah. Malah
lebih murah dari harga yang pernah aku dapat kat Johor 11 tahun dulu.

Kreatifnya dia dalam memerangi kemelut kenaikan harga barang. Jual harga murah, boleh
menarik ramai pelanggan. Waktu jualan juga boleh disingkatkan. Peniaga gerai nasi bajet
ni cuma beroperasi dari jam 12.30 tengahari sehingga 2 petang jer. Biasanya sebelum 2pm
gerai dia dah berkemas, sebab barang niaga dah habis. Kan cepat tu. Tak payah nak melangut
menunggu pelanggan. Harga murah, masakan sedap....balik pun cepat. Apa taknya......, baru nak
buka gerai orang dah beratur.

Jadi nasi yang aku beli tadi aku poskan ler gambarnya kat komuniti group di FB. Tak sampai
sehari dah beratus like dan semua bertanya lokasi gerainya di mana. Siaplah esok.., gerai nasi 
bajet tu mesti kena serbu.

Murah rezeki dia. Aku doakan moga gerai nasi bajetnya terus laris manis dan semakin
ramai pelanggan. Aku juga berharap gerai dia mampu bertahan dari ' di tembak dan
di santau ' oleh peniaga lain yang tak berapa nak kreatif dan iri.

                                           
serbu gerai nasi bajet. gerai nasi bajet kena serbu, Nasi bajet, nasi murah, makan tengahari murah, jual nasi bajet, jual nasi murah, nasi bajet yang murah, nasi bajet sedap, air sirap, murah rezeki, santau, pelanggan ramai, ramai, pelanggan
Nasi bajet cengini harganya 3 linggit. Haiya, mana mau cali lorr 
  








Penyudah cerita tengahari ni aku, Daniel & Nurul makan maggi kari jer. Hermmm.....jadilah 
J