Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GST 2015

Hari ini 1hb April 2015. GST atau Cukai Kepenggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan
telah dilancarkan secara resmi. Secara teorinya cukai dengan ‘jenama baru GST’ ini lebih telus,
lebih cekap, lebih efektif dan lebih mesra pengguna dan rakyat. Kerana apa ? Kerana GST hanya
mengenakan satu kadar percukaian saja iaitu 6%. Sedangkan SST ( jenama percukaian lama ),
mengenakan kadar yang berbeza-beza iaitu antara 5 - 10%. Dan banyak pula pengilang dan
pemborong yang tidak jujur mengambil kesempatan dari perbezaan ini, kerana ketiadaan sistem
penyelerasan rekod. Sebagai rekod serta semakan, sebenarnya ada 160 negara di dunia yang lebih dulu mengamalkan sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST ) ini. Singapura lebih mendahului kita dalam perlaksanakan GST, iaitu sejak tahun 1993. Malah negara jiran kita iaitu
Indonesia telah lebih awal melaksanakan GST iaitu pada tahun 1984 dengan kadar 
10 peratus ! YA 10 PERATUS. Malaysia sebenarnya ketinggalan dalam perlaksanaan cukai gaya 
baru ATAU memang tak sampai hati kepada rakyatnya ? Tapi adakah segelintir rakyat itu faham,
tahu dan sedar tentang perkara itu ? Ironinya, bila 3 huruf yang menimbulkan perkataan
GST ini bagai satu perkataan 'puaka' kepada sebilangan rakyat Malaysia.
Kenapa ?


GST. Menyebut namanya pun ada yang tidak sudi. Cukai yang sepatutnya mesra rakyat ini menjadi
bahan cacian, protes, lawak, cemuhan dari sebilangan rakyat dan terutamanya pihak pembangkang.
Sebilangan yang tidak memahami atau tidak dapat menerima maksud sebenar GST ini.
Adakah hanya kerajaan Malaysia yang zalim dalam melaksanakan GST  ? Adakah kerajaan amat
tidak peka kepada masalah rakyat marhean ? Adakah GST hanya memberikan keuntungan sebelah
pihak dan semakin menkayakan pemborong dan pengilang ? Sebaliknya rakyat yang terpaksa
menanggung lara percukaian kiraan  baru ini ?

GST ada lawak yang muncul - GIGIT SAMPAI TULANG
GST disiniskan sebagai    -  GOVERMENT SAY THANK YOU
Yang manis sikit maksudnya ; GST - GANTI SOLAT YANG TERTINGGAL
  
Siapakah yang harus dipersalahkan ?

Dengan bajet 17 juta Dato Ahmad Maslan dilihat  gagal menggerakkan jentera untuk memberi
penerangan yang lebih sistematik, menyeluruh dan jitu kepada rakyat. Akibatnya lebih banyak 
salah faham dan tentangan yang diterima termasuk demonstrasi jalanan ( walaupun dalam skala 
kecil ). Mana ghaibnya Damage Control Team Kementerian ? Akibatnya reputasi kementerian 
yang dipertanggungjawabkan yang terjejas dan jadi bahan lelucon rakyat jelata.

Cukai, dalam apa bentuk sekalipun memang tidak digemari oleh rakyat. Tugas kerajaan untuk menambah pendapatan dan perberhendaraan negara melalui percukaian yang difikir mampu
diterima oleh rakyat. Sebaliknya rakyat pula bermati-matian dan mengaplikasikan berbagai helah untuk mengelak dari membayar sebarang jenis dan bentuk percukaian. Ironisnya ia menjadi
situasi ‘ lucu yang menyedihkan ’. Menyedihkan, kerana kedua belah pihak gagal 
menjalankan tanggungjawab kepada negara ke arah yang sepatutnya.

Kerana ketandusan penerangan yang tepat , rakyat terasa bagai diperah dan diperas secara halal.
Negara bukan hanya bergantung kepada hasil buminya semata, malahan juga kepada percukaian 
demi menambah pendapatan dan perbendaharaan. Dan pendapatan itu sendiri perlu untuk pelbagai 
kelangsungan pembangunan dan kebajikan rakyat.
                                        
gst, CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN, cukai yang mesra rakyat, peratusan bayaran cukai, kementerian kewangan,

Nota pojok :

Elok je aku siap menaip dan nak publish entri ni, talipon aku berbunyi. Buntang mata aku
membaca Penduduk di Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak Utara tidak terlibat dan 
tidak perlu khuatir akan kenaikan harga beberapa jenis barang dan bahanapi menjelang 
1 April 2015, berikutan perlaksanaan GST kerana, kenaikan melibatkan nilai sen sahaja. 
Sementara harga KUPANG diramalkan tidak berubah. " grin emoticon


                             "      "      "
                             "      "      "
                        
Sapa ntah yg mulakan nganto msg ni kt Whatsapp, aq rasa nak rebus kupang-kupang dia. 
Cicah sambal asam pun sedap ! tongue emoticon

No comments:

Post a Comment