Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fenomena Sun HALO

Hari ini kecoh di BSBR tentang keadaan matahari yang dirakam dan dapat dilihat oleh ramai
penduduk di kawasan kami. Seorang dari ahli komuniti telah berpeluang merakam kejadian
itu dan menghantarnya di whatsapp group.Dan selepasa itu seorang demi seorang keluar
dari rumah atau pejabat, atau memberhentikan kenderaan di tepi jalan bagi memastikan
kejadian itu adalah benar. Dah pasti aku pun buat sama kerja tu. Jengah keluar kejab dan
snap !

Ok, sekadar petikan untuk info dari National Planetarium Sun Halo merupakan fenomena
semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar Matahari atau Bulan. Fenomena ini akan
terbentuk bila cahaya matahari di biaskan pada kristal ais yang berada di awan yang tinggi.
Selalunya fenomena ini akan diakhiri dengan hujan lebat yang akan turun dalam tempoh 24 jam.
Nahh, untuk penerangan yang lebih ilmiah boleh le pegi ke Link ini.

                                   
Bukan gambar kamera trik 

Pandangan yang lebih artistik kan ?

Macam untuk ilustrasi cover novel. Indahnya.

Ada diantara kami yang sanggup memanjat lepas tu kongsi di whatsapp.

Ok, fenomena ini telah dapat dirakam dengan lens kamera bermula dari 12.40 tengahari
sehinggalah 1.16pm. Masing-masing pakat hantar gambar sorang sekeping kat group and
komuniti sampai handphone aku akhirnya jem !

Halo punya penangan.

Subhanallah, Walhamdulilah, Wala Illa Ha Ilawllah Waullah Hu Akbar.






No comments:

Post a Comment