Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa boleh tolong padam script disqus ?

Ruangan komen saya untuk membalas komen-komen di setiap entri meragam. Saya dah pening kepala tak tahu nak buat macam mana. Asalnya kerana saya tertarik dengan ruangan komen yang menggunakan script disqus. Saya pun pergilah register di sana dan pasang disqus html script di blog saya tanpa memadamkan script comment blogger yang sedia ada. Lepas pasang saya tengok tak ada apa pun yang berubah. Ruangan komen blogger macam biasa disitu. Disqus punya comment form tak ada pun....ah, tak kisahlah kan ...
Tak ada disqus comment form, blogger punya pun ok juga. Saja nak tengok wajah baru blog saya sebenarnya...dah tak menjadi - no hal lah. Masaalahnya sekarang..............

Setiap kali saya membalas komen-komen yang ditinggalkan pengunjung di entri yang saya tulis, komen yang saya balas tu published tapi bila direfresh - komen tu hilang ! Sehinggalah saya terpaksa menulis 2 hingga 3 kali malah kadang saya membalas 4 kali bagi menjawab bagi komen yang sama. Kejadian sama berulang, komen saya tulis muncul sekejab, bila refresh hilang lagiiiiii.

Seorang senior blogger bagi tahu suruh saya type perkataan ' disqus' di ruangan edit templete masaalahnya sejak blogger dah tukar pada bentuk edit templete yang baru ni, saya terus jadi bodoh dan tak tau bahagian mana yang nak diedit. Usik banyak-banyak takut meletop pulak blog saya nanti. Heiii..memang susah sungguh kalau hanya tahu menaip entri tapi tak tahu nak urus bab-bab teknikal kan ?

Contohnya dalam entri yang buat orang meluat ni jenuh saya jawab komen yang ditinggalkan oleh
Tengku Butang saya jawab komen dari beliau 4 kali sebab jawapan 1,2 dan 3 yang saya tulis selepas published terpadam dengan sendiri.Dekat ruangan komen tu memang tak nampak saya dah jawab komen pengunjung tapi di Gmail saya adalah komen tu kat situuuu....eeish, tak faham betullah.

borang komen blog saya meragam, jawab berulang dan kemudian terpadam lagi, kesian lynn munir, komen lyn munir kacau bilau, entri lyn munir hancur

Wantie, ini dah kali ke 2 akak reply komen Wantie kat sini, adui susah betul bila ' reply comment' dah published kemudian hilang balik. Sapa-sapa boleh tolong ooooiii...
https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif

Ya, semangat terus Aniq  ( Kesian Aniq, nanti dia ingat saya pilih kasih tak mau jawab komen dia, sedangkan dah 2 kali saya reply tapi langsung tak muncul di situ ) Help me pleaseee !!!!


8 comments:

  1. Saya pun tak pandai. Pernah la juga nampak blog yang guna Disqus ni, tapi saya tak reti apa pun. sor tak dapat nak membantu.

    ReplyDelete
  2. err sy punsama kak Lynn..tak mahir dalam soal ini..maaf ya Kak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, sheila tak pandai sebab akak dah guna disqus kann. kena tanya orang lebih pakar ni.. anyway, dah delete disqus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kali ni macam dah tak ada, tak tau lah lagi Sheila.

      Delete
  4. dah ok ke kak lynn? ke masih hilang lg komen? kalau masuk gmail tu maknanya komen tu ada kot...try cek kat spam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tu memang ada dalam gmail Timi , cuma kat sini je tak keluar. Dia published kejab bila kita jawab komen yang lain, komen terdahulu yg kita reply - itu yang automatic hilang.

      Delete