Perjalanan ke Pulau Pinang memang menyeronokan. Paling seronok bila aku tak payah memandu. Kereta aku tinggal di rumah kakak. Kami semua pergi naik van sekolah - penuh diisi 14 orang penumpang termasuk aku la tu. Abang ipar aku jadi driver. Perjalanan kecoh dengan ragam anak-anak yang bertemu sepupu sepapat yang riuh bercerita sesama sendiri. Sampai di Penang, jalan raya punyalah sesak tak boleh nak cakap. Arah menuju ke Bukit Bendera yang sepatutnya ambil masa 20 minit, kami tersangkut di jem hampir sejam.Kesesakan trafiknya lebih teruk dari apa yang dialami di Kuala Lumpur.
Abang ipar aku cuma turunkan kami kerana tidak dibenarkan memakir kenderaan disitu. Punyalah ramai orang tak boleh nak cakap. Yang aku nampak kaunter tiket kat sini tak adalah tersusun macam kat Genting Highlands. Tak ada sistem. Orang yang nak beli tiket untuk naik cable train ke Bukit Bendera bersepah-sepah. Anak-anak aku mula tunjuk muka kelat. Itu belum lagi aku terkezut bila akak aku beritahu nak beli tiket memerlukan pembelinya mengeluarkan ic ? Memang terkejut badak lah aku. Apa ke hal ? Anak sedara aku yang lagi seorang tu siang-siang dah cakap dia tertinggal ic kat rumah. Apa menyusah sampai macam ni ? Beli tiket skyway gi Genting pun tak mintak ic. Apa raaa...
Penyudah cerita, tak jadi beli tiket naik Bukit Bendera kami turun ke Hutan Bandar Pulau Pinang. Aku pun tak tahu di Penang ni ada hutan bandar. Tercengang-cengang aku bila masuk ke tempat tu. Nampak dari luar memang tak menarik langsung tapi bila pijak kaki ke dalam taman bandar ni....
Ya Allah cantik juga tempat ni penuh kehijauan, kolam mandi yang di bina ala-ala di KLCC. Kawasan permainannya yang luas, ada tempat arcery, alat senaman untuk body builder pun ada ! Wei..memang berbaloilah bawa anak-anak ke mari. Bukan setakat cantik, nyaman dan tenang malahan FREE beb. 2 jam berada di Taman Bandar Penang kami bergerak ke Pantai Batu Frenggi pula.
Sampai di sini aku teringat kenangan yang sangat lucu yang dialami oleh kami sekeluarga 4 tahun lepas. Waktu itu Hafizul baru darjah 6 lepas seronok bershopping di Pulau Pinang, kami singgah mandi di Pantai Batu Frenggi. Masa tu adalah 4 hingga 5 buah sampan nelayan berlabuh di situ. Anak-anak aku memang pantang tengok laut. Mulalah terkinja-kinja nak main air. Sedang leka berenang tiba-tiba Hafizul berlari naik ke darat dengan muka cemas dan menanggis kesakitan. Dia mengepai-ngepai ke dua belah tangannya. Aku terkejut.
" Sakit ma, sakit," jerit Hafizul sambil menanggis tanpa malu. Kami semua jadi panik.
" Kenapa, kenapa ?" suami aku bertanya.
" Tak tau, Hafizul berenang bawah sampan tu tiba-tiba rasa tangan Hafiz kena sengat. Sakit !!!"
" Ehh, lupa nak cakap jangan main bawah sampan tu. Pantai Batu Frenggi ni banyak obor-obor ," kakak aku tiba-tiba bersuara dengan muka tak bersalah. Aku dan suami saling berpandangan.
Dalam kekalutan begitu tiba-tiba lalu seorang pemuda yang wajahnya mirip mamak lalu menegur kami, "
kenapa kak, kena sengat obor-obor ke ? Selamba dia bertanya.
" Aaah",..aku mengiakan pertanyaannya.
" Ada klinik terdekat tak di sini ? "
" Ada tu memang ada tapi jaraknya tak adalah dekat. Kalau jalan tengah jem ni lagilah sengsara nak sampai sana. Anak akak mesti tak tahan bisa obor-obor tu. Errr...nanti saya kasi ubat."
Pemuda itu masuk kedalam lebih kurang 5 minit sebelum keluar semula membawa sebuah bekas yang dalamnya berisi cecair kekuningan. Aku ambil bekas itu dari tangannya.
" Nak buat macam mana ni ?" aku bertanya bodoh.
" Akak siramkan aja kat tangan atau mana-mana bahagian yang kena sengatan obor-obor tu. 15 minit nanti legalah tu ". Confident dia jawab. Aku lagilah confident bila dia cakap lagi 15 boleh baik. Best. Tak payah pergi ke klinik. Aku suruh Hafizul hulurkan tangan dan terus siram air kuning dalam bekas tu ke kedua belah lengan Hafizul yang kena sengat. Lepas disiram 5 minit Hafiz terus berhenti menangis. Ehh...mujarablah ubat budak tu. Aktiviti mandi-mandi kami berhentikan. Kerah anak-anak naik van dan menuju ke Padang Kota untuk makan-makan. Sepanjang perjalanan di dalam van, bau hancing semacam.
Hidung kami semua kempas kempis menahan bau hancing. Kerana tak tahan dengan bau hancing aku suruh abang ipar aku berhenti dan aku bersama kakak aku turun membuat pengecaman bau. Habis semua pakaian basah kami keluarkan nak cari dari mana bau hancing itu berpunca. Tak jumpa. Sudah kerja aku hidu semua anak-anak dan anak saudara aku. Beres. Mereka pun mengaku mereka tak ada terkencing dalam seluar.
Sampai di giliran Hafizul aku terhenti. Aku hidu ke dua lengan Hafizul yang aku siram dengan air kuning pemberian budak tadi. Sah. Bukan setakat lengan. Satu badan dia bau hancing ! Ciss.......
Kalau cakap siang-siang yang ubat bisa obor-obor adalah ' air kencing manusia ' bukan ke senang.......
Tak payah aku gunakan air kencing dia. Baik aku suruh laki aku kencingkan anaknya sendiri, buat ubat !!!!
Eeiii....geramnya aku.
Dan sabtu lepas kami sekeluarga sampai lagi di sana. Merah telinga Hafiz bila kena gelak dan sindir oleh adik beradik dan sepupunya. Tapi kali ini kami bertukar lokasi di Batu Frenggi. Kami bertapa di tempat yang kurang sampan nelayan sebaliknya hanya dihiasi dengan batu-batu besar. Pemandangannya yang cantik membuat aku terbuai oleh perasaan. Anak-anak sibuk mandi dan buat back flip dari batu besar yang tinggi.
Aku macam biasalah jadi duyong dengan berjempur di atas batu. Anak peremapuan yang tak pandai berenang elok je jadi dugong di gigi air. Heheheee..
laa
ReplyDeletemacam tu je ke ubatnya?
alahai patut la rilek je dia pg amek ubat...hihi rupanya dia pg kencing jap....
ReplyDeletesalam kak lynn..wah bestnya cuti cuti malaysia..hehe
ReplyDeletebetul kak, kalau kena obor onor. kencing je ubatnya..
ReplyDeletebetul 2 kak.. kami kat sini guna cara 2.. hihih..
ReplyDeletebestnya jalan2...kencing eh? ada gak yg ckp guna cuka
ReplyDelete