murah tapi sedap. Ini adalah menu selingan sebagai gantian untuk Nasi Goreng kicap,
Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Pataya, Nasi Goreng USA atau yang paling famous
tentulah Nasi Goreng Kampung. Sekarang menu nasi goreng kita dah lengkap sebab
dah ada NASI GORENG MAMAK. Tadaaa !!
( Hidangan untuk 3 - 4 orang makan )
Yang nampak macam berketul tu bukannya nasi tapi ayam goreng yang dah dicincang, |
- Cili Api beberapa batang ( ikut tahap piawaian kepedasan masing-masing )
- Bawang putih 1 @ 2 ulas
- Bawang besar 1 labu
- Rempah kari 3 sudu makan
- Lobak merah dihiris memanjang ( halus )
- Sawi 3 @ 4 batang
- Minyak untuk menumis
- Telur ayam 2 butir ya. ( Jangan guna telur dinasor tau. )
* Last but not least tentulah ayam goreng bodoh !
( Ayam goreng bodoh ??? ) Apaan nih ?
Cara masaknya senang jer. Macam kita masak nasi goreng yang lain juga. Tumis
lada cili, bawang putih dan bawang merah yang dah ditumbuk pecah. Tumis sampai
naik bau sebelum masukkan rempah kari yang 3 sudu tu. Masukkan lobak dan telur
dan masukkan nasi sejuk semalam punya hahaha....
Lepas tu barulah masukkan ayam goreng bodoh yang dah dicincang.
Godeh-godeh sampai nasi tu masak dan panas. tuangkan hirisan lobak dan potongan
sayur sawi. Adjustkan garam dan rasa, ikut tekak masing-masing. Dah siap !
Nota untuk ' ayam goreng bodoh.'
Istilah ni aku pinjam dari jiran sebelah rumah. Sebenarnya kalau nak senang
kita beli je ayam 2 atau pun 3 ketul kat kedai. Balik rumah tinggal cincang je ayam tu
habis cerita. Tapi kalau anak ramai macam aku ni beli ayam mentah - bawak balik
dan buatlah Ayam Goreng Bodoh tu tadi.
Jiran sebelah rumah bila teserempak aku selalu tanya dia, ' masak apa Cik Zai ?'
Nanti dia jawablah ; kita masak ayam goreng bodoh je hari ni. Atau masak mee bodoh.
Atau masak rendang bodoh. Mula-mula aku terpingga-pingga. Apanya yang bodoh ?
Rupanya ' bodoh' di sini adalah bermaksud yang ayam tu digoreng dengan kunyit dan
garam saja. Tak bubuh serai merai. Mee bodoh pula bermaksud mee goreng yang tak
banyak dimasukkan rencah di dalamnya. Rendang bodoh pula bermaksud rendang yang
guna rempah segera dan tinggal ketukkan serai dan tuang santan je ke dalamnya.
Hehe...gasak kau la. Yang penting aku tak bodoh selepas makan ayam goreng bodoh
sudah. Phew.., banyaknya perkataan bodoh dalam perengan kat atas. Harap-harap Google
tak chop spam la ya.
.
Nasi Goreng Mamak ni kalau kat tempat aku harga sepinggan RM 6. Tapi penuh dengan
ayam dan memang boleh dikongsi untuk 2 orang makan sehingga kenyang. Rasanya
memang kaw. Mula-mula makan kat restoran mamak di depan rumah, terkejut
badak aku kerana kuantitinya yang banyak. Tapi anak aku boleh habiskan sepinggan
besar tuu...his, tanjat boboi, terkejut mak cik. Anak-anak aku ni jenis perut stokin agaknya.
Molor semacam.
No comments:
Post a Comment