Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Active Search Result


Sedang menyemak email aku terpadang sekian banyak notification dari ASR atau
lebih dkenali sebagai Active Search Result. Selalunya aku delete je notfication tuh.
Tapi kali ini tergerak pulak hati untuk klik dan baca apa benda yang selalu dihantar
kat email aku. Blur. Aku sendiri tidak tahu apa yang dikatakan dengan Active Search
Result dan tidak pernah teringat langsung yang aku ada mendaftarkan blog ini di sana
pada penghujung tahun 2012 .Selepas buat pendaftaran ASR terus aku abaikan.
Tak kisah langsung ke situ.




Okay,apa keperluan ASR ini ? Active Search Result sebenarnya mempunyai fungsi
yang lebih kurang sama dengan Alexa Rank. Dengan memberi backlink kepada ASR
bukan saja meningkatkan rank SEO blog di ACTIVE SEARCH RESULT sendiri,
malahan juga di Alexa secara serentak. Bab SEO tak perlulah aku perpanjangkan kerana
pertamanya aku memang tidak layak untuk menulis tentang hal itu. Ke 2 nya pula kerana
yang aku tahu pun hanya sekelumit dari sekian banyak trik dan teknik SEO. Tambahan
pula blog picisan aku memang tidak mengejar rank pun sebenarnya. Aku hanya suka
berexperiment dan melihat hasil dari experiment yang aku lakukan. Soal menjadi atau
tidak - no hal.

Jangan salah faham, aku sebenarnya sangat salute dengan mereka yang mempunyai page
rank yang tinggi samaada di Google, Alexa World Rank mahupun Malaysia Rank.
Aku tumpang berbangga dengan pencapaian mereka dan kebolehan mereka menjana
income hasil paparan iklan. Mereka hebat.

Bagi aku peningkatan blog ini ( kalau ada ), di Alexa mahu pun ASR hanyalah sekadar
untuk tatapan manis mata sendiri. Senang cakap aku hanya seronok menatapnya sebagai
widget. Sama sepertimana aku memasang segala widget di blog ini. Ia sekadar make up
di muka. Memberi warna warni dan keceriaan. Aku tidak mencari rank tertinggi dan tidak
mempaparkan iklan. Kecuali iklan Cellmaxx yang sengaja aku pasang di atas...auwww.
Kebanyakan entri yang aku tulis hanyalah sekadar rakaman secebis kisah ke dalam
bentuk dairi digital dari sekian banyak retetan peristiwa yang berlaku dalam hidup.

Cakap sombong ? Tidak. Bagi seorang yang buta IT macam aku, berblogging hanyalah
untuk mengisi masa lapang dan melepaskan tekanan. Itu saja. Kalau page rank menjadi
semakin bagus, alhamdulilah. Kalau tidak juga enggak apa-apa buk.


No comments:

Post a Comment