Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Huru hara di bulan puasa.

Hari ke 4 kita berpuasa macam-macam dugaan yang sampai. Terutamanya dugaan
yang melibatkan hati dan perasaan. Memang benar mengawal perasaan marah itu
bukanlah perkara yang ringan. Kecoh seminggu kisah tentang Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary mendermakan RM 1.6 billion kepada untuk kebajikan umat islam dan telah
disenaraikan dalam majalah Forbes Asia sebagai ' wira dermawan'.

 Alkisah aku tersentuh bab tu dalam group di whatsapp, bila tiba-tiba seorang
presiden persatuan terus menyuarakan rasa marahnya, kerana semua orang sibuk
membicarakan tentang Syed Mokhtar. Katanya, apa yang diagungkan sangat jika Tun M
hanya berjaya melahirkan hanya satu orang billionair melayu. Itu kroni namanya.
Seorang ikon itu seharusnya mendapat penabalan sebagai ' IKON sebenar' walaupun
sekadar MENJUAL BESI BURUK. Bukan melalui subsidi dan tender pemberian kerajaan.

Tangan gatal aku pantas aja menaip, seingat aku Tan sri Syed Mokhtar ni bukan
politician dan bebas dari pegangan mana-mana parti politik. Kalau tak silap waktu dia
approach Tun M untuk satu projek ( kalau tak silap Yayasan Bukhari ) dia terpaksa tunggu
lewat 15 minit dari slot yang diuntukkan untuk beliau. Tapi kalau betul sekali pun business
dalam Malaysia ni melayu yang punya...., biarlah, apa masaalahnya ? Itu menunjukkan
orang melayu sudah pandai berniaga dan ada peningkatan dalam pegangan ekonomi.

Eh dia kata, " terlalu banyak Tun M beri projek pada dia, melayu lain tak ada ke  ?
Kroni namanya tu", dia mengulang. Hemm., malas aku nak berdebat dengan dia bulan
puasa cengini. Aku peduli apa kalau Tan Sri Syed Mokhtar tu kroni ke tidak. Yang penting
dia dah jalankan tanggungjawab sosial dia. Kalau dia kroni sekali pun aku tetap sokong
kerana dia melayu. Kerana dia dah manfaatkan apa yang dia ada untuk agama dan
bangsa. Untuk kemaslahatan ummah. Kerana sebaik-baik dan seberuntung manusia
adalah ' ORANG MUKMIN YANG KAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Bukan aku tak tau, si presiden persatuan ni pun dok usha cucu Tun M pasal nak
nama dia grand di persatuan XXXX. Nak guna nama grand Tun. Kata tak mau kroni.
Haiya..., lu jangan sembang kasi gua bimbang ley. Cakap talak selupa bikin maa.
Bising pasat olang punya sumbangan...,lu sumbang apa ??? Kasi jadi dulu la hoo, lu
punya kelija. Bising aaa ........

2. Anjing angkat si Nurul ni memang bertuah, dia memang kenal muka Nurul aja.
Aku pergi balik solat terawih pun disalaknya. Bukan main sakan lagi si Black tu menyalak
siap menyeringai gigi kat aku. Bila Nurul keluar dan panggil nama dia, baru dia berhenti
menyalak dan berlenggang menuju Nurul. Tak pasal-pasal aku gi solat terawih bawa
payong, walaupun hari tak hujan. Apa raa anjing ni. Aeii, Nurul tu anak aku. Aku ni mak
dia. Dengan emak si Nurul ni pun engkau nak garang juga ke ? Tak sekolah punya anjing.

3. Ini pulak cerita pasal CELLMAXX terlajak laris. Memang dah terlajak laris sangat
sampai kami stokis semua putus stok. Dah lebih 2 minggu. Belum lagi diresmikan
pelancarannya tapi sambutan memang sangat hebat. Baru 6 bulan di pasaran, ahli pun
baru mencecah 2000 lebih, tapi sales sudah mencecah lebih setengah juta sebulan.
Stok aku licin. Nak sponsor pun tak boleh, sebab customer mintak terus barang sebab
keterujaan dengan produk. Hai nasib. Tension akak taw.