Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAMADAN AL-MUBARAK

Lagi beberapa hari kita akan menempuh Ramadan Al-Mubarak. Masih 
adakah puasa tertunggak yang belum diqadakan ? Ingat, bila berganti tahun
masih belum juga diqada maka standby la untuk bayar fidyah. FIDYAH
adalah denda yang dikenakan syarak kepada mereka yang sengaja
melewat-lewatkan mengqada/mengganti puasa mereka. Bagaimanakah
kiraan fidyah puasa dilakukan dan apakah bentuk bayarannya ?


Ada beberapa golongan yang dikecualikan daripada mengqada puasa tapi 
masih tetap wajib membayar fidyah : -

1. Orang-orang tua ( lelaki dan perempuan ) yang dah tua renta dan tidak 
    lagi mampu lagi berpuasa.  Maka fidyahnya adalah memberi makan
    orang miskin mengikut  jumlah hari yang ditinggalkan. Contohnya 
    pak cik sipolan bin simpolan yang kerap sakit-sakitan dan tak dapat

    berpuasa selama 5 hari, maka wajiblah baginya memberi makan kepada
   orang miskin sebanyak bilangan puasa yang ditinggalkannya itu.
   
2. Wanita yang sedang hamil atau yang sedang menyusui anaknya 
    ( jikalau ditakuti memberi mudarat kepada anak yang dikandungnya
    mahupun kepada bayi yang sedang disusukan olehnya.)

   Maka untuk ke dua golongan di atas, Allah SWT telah memberi kebenaran
membayar fidyah puasa tanpa perlu mengqada puasa yang ditinggalkan.  
Kelonggaran ini ada disebutkan dalam Surah Al-Baqarah : 184 ..........
" Dan  orang-orang yang berat menjalankan puasa tersebut ( jika tidak
berpuasa ) wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin "
    
Bagi orang yang masih sihat tetapi dengan sengaja atau pun secara
tidak sengaja telah meninggalkan ibadah puasa, malah disebabkan
sakit sekalipun hendaklah mereka mengganti/ mengqada semula puasa
mereka apabila telah sihat. Sekiranya sudah berganti tahun...........
 ... silalah bayar fidyah puasa anda. 

Malah jika tidak silap ada pendapat yang mengatakan .........................
( sila tanya guru-guru agama ) bahawa jika tahun itu anda sudah terlewat
dari membayar fidyah, contohnya telah melewatkan untuk selama 3
tahun maka fidyah yang perlu anda bayar adalah dalam gandaan tiga.  
Contohnya anda tinggal puasa selama 5 hari dan sudah melewatkan
fidyah selama 3 tahun. Maka kiraannya adalah 5 Hari X 5 Orang miskin
X 3 Tahun. Dan puasa anda itu tetap kena diqada mengikut bilangan
hari yang ditinggalkan. Hemmm.....beratkan ? Jadi sebaiknya bayarlah
puasa anda sebelum bulan shawal habis supaya tidak bertunda ke tahun
yang berikutnya ( jika dikhuatiri terlupa ).

Dari Abu Hurairah r.a. Rasullah s.a.w bersabda, " Dan sesiapa yang 
berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah, maka akan diampun kan segala dosa yang  
dilakukannnya sebelum itu."


Subhanaallah. Sungguh Rabb ku Maha Pengampun, Maha Pengasih dan
Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani bagi sekelian hambaNYA.
Ya Rabb, ampunilah diri kami di atas segala dosa-dosa kami
( samada yang sengaja mahupun tidak ), di atas segala perbuatan kami
yang melampaui batas, yang telah mengaibkan diri kami, agama kami, 
keturunan kami samaada secara sedar mahupun tidak. Kurniakan lah
kami kesihatan yang bagus agar kami dapat berterusan menyembah MU
dan meneruskan amal ibadah hanya kerana MU Ya Rabb. Sesungguhnya
tiada lain yang kami pohonkan kecuali kekuatan akal dan fikiran, ketabahan
hati dan perasaan menghadapi segala dugaan yang KAU berikan dan berikan
lah kepada kami kebahagiaan serta kejayaan dunia dan akhirat.
Amiinn. Ya Robbal Alamin.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua rakan blogger
dan pembaca sekelian.