Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri terakhir

Ini akan menjadi entri terakhir aku untuk bulan Julai. Sebenarnya untuk bebeapa minggu
terakhir ini aku sudah menyiapkan beberapa entri yang sudah disave dan hanya menanti
untuk disiarkan. Tetapi disebabkan aku mengalami masaalah dengan internet, komputer
dan beberapa sebab lagi menyebabkan entri itu terperap begitu saja dan hanya tersimpan
di dalam draf. Ia tidak lagi relevan untuk diterbitkan kerana telah terlewat tarikh.
Frust ? Memang frust  jugalah.

Apa sebenarnya yang tak kena dengan lap top ni aku pun tak tahu. Sejak dihantar format
bukan menjadi semakin laju sebaliknya menjadi semakin lembab dengan pop up iklan yang
keluar tidak berhenti. Banyaknya iklan dari over sea yang buat aku fed up. Aku dah try clear
kan cookies....sama je keadaannya. Lepas tu bila pegi ke sesatu page atau blogwalking....
Ya Rabbi.., loading manjang tak berhenti. Kejab-kejab stop plugin. Bila nak tinggal komen
pulak....ruangan kotak komen tu pun tak muncul. Aku frust sebab nak balas kunjungan
tak boleh buat. Bimbang rakan blogger yang rajin datang bertandang berfikir, yang aku tidak
menghargai mereka. Sedangkan kebanyakan masa aku terpaksa buat kerja blogwalking
melalui talipon je. Rasa nak rabak mata. Itu pun aku buat curi-curi, tak boleh nak fokus
100 %. Aeishh...letih sungguh.

Line internet pulak, beberapa bulan kebelakangan ini, memang lembap gila. Seingat aku
masaalah ini sudah kami alami sejak lebih 2 bulan. Semenjak kali terakhir kabel internet
di kawasan kami dicuri. Line internet di sini terus bengong. Dan aku amat tidak pasti bila masaalah ini akan berhenti. Itu semua hampir membantutkan hasrat aku untuk
terus berblogging. Masih mampu lagi kah aku ?

                               
                                   

Memang aku sendiri tidak pasti. Kerana aku tahu, jadual kerja yang menanti aku lepas
raya agak meriah. Jika ini adalah enri terakhir aku dan sebelum internet ni buat hal lagi, aku
mengambil kesempatan ini untuk MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL
FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN pada semua rakan blogger dan mereka yang sudi
membaca coretan terakhir ini. Moga Aidil Firti kali ini membawa kenangan yang terindah
buat kita semua. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment