Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLACK DAN NURUL

Tasha  tiba-tiba terjerit-jerit dan mengoncang-goncang grill rumah, " syoh ! syoh !"
Seekor anak anjing katik terkedek-kedek melepasi pagar. 2 dari 6 ekor kucing aku
lari berdesup ke dalam rumah. 4 ekor lagi memerhati dengan kehairanan. Anak anjing
itu selamba menuju bekas makanan kucing dan memakan dari bekas.



" Mama, anak anjing tu makan makanan kucing kita," Tasha menjerit lagi memberitahu.
Nurul tiba-tiba menjengah dari beranda atas..... dan berlari turun ke bawah.
" Ehhh, jangan lah halau dia. Anak anjing to comel. Kesian dia lapar. Nurul terlupa letak
makanan kat luar pagar......, tu sebab dia masuk. "
" Anjing siapa tu dik ?"
" Anjing rumah india yang end lot tu. Tuan dia sayang mak anjing tu aja. Anak anjing si
black tu dibiar aja," Nurul menjawab pertanyaan aku.
                      

                    Black melolong kalau Nurul tak mau keluar berjalan dengannya

                               
Species catdog katik ni dah jadi anjing remaja
                                 Setia dia menunggu Nurul di luar pintu pagar

Black menemani Nurul ke kedai

                               
Anjing ni dah jadi teman Nurul yang setia.
" Bagus la tu...., nanti orang ingat kita pula yang bela anjing." Aku membebelkan Nurul.
" Anjing kan makluk Allah juga ma. Dia pun ada haq untuk hidup." Nurul ambik kunci grill
di tangan Tasya dan keluar. Bila nampak Nurul, anak anjing katik ala kartun catdog tu
mendongak. Dia menyalak kecil dan terus sambung makan makanan kucing dengan selamba.

" Ok...., sekarang si catdog tu dah makan kan ? Pegi buang semua saki baki makanan
kucing tu. Alas tangan pakai sampul tangan plastik yang ada dalam stor. Samak semua
semua bekas makanan kucing yang dah kena jilat tadi." Aku berdiri bercekak pinggang.

Si catdog yang dah kenyang mula mengoyang-goyangkan ekor dan mengelilingi Nurul.
" Black...., tak payah dekat-dekat sangat dengan akak. Dah kenyangkan ? Pegi  keluar,"
Nurul memberikan arahan. Anak anjing kecik itu bagai faham dan berlenggang keluar pagar.

" Apa lagi ? Pegi cepat samak bekas yang dah kena jilat anjing t."
" Samak ??? Macam mana nak samak ? Samak tu apa ?" Tasha tiba-tiba bersuara dan
dua beradik itu saling memandang. Haaa.....ni yang buat aku angin ni. Samak pun tak tau ?

" Ehh, kat sekolah cikgu tak ada ajar ke cara nak membersihkan najis mughalazah ? "
" Ada. Err....tapi kita belajar teori je. Praktikal tak de. Kita orang pun tak tau macam
mana nak buat. Hehehehe......"

Dua beradik tu tersengih. Aduh, sakitnya jiwa aku. Hari itu aku jadi ustazah sekejab
dengan menunjuk cara membersihkan najis mughalazah. Aku panggil semua anak-anak
keluar ( kebetulan semua ada di rumah hari itu ). Aku korek tanah liat yang ada di sebelah
rumah dan bancuh dalam air segayong. Ambil gayong lain dan menyiram semua bekas
makanan kucing. Aku suruh dia orang yang kira.....kali. Gosokan dan siraman pertama
selesai. Gosokan dan siraman ke 2 adalah air yang bercampur tanah. Gosokan yang
ke 3 hingga ke 7 adalah siraman yang seterusnya. Selesai.

Cara membersihkan najis mughalazah, najis mughalazah, cara mensucikan najis mughalazah, anjing, babi, najis berat

Semenjak itu aku dah tak bimbang jika dia termasuk ke dalam kawasan pagar aku.
Anak-anak dah tau nak buat apa. Samak. Tak payah kalut. Tak payah bising.
Kucing-kucing aku pun dah tak kalut bercempera ke dalam rumah bila berselisih
dengan anak anjing ni. Malah kucing-kucing aku bajet gangster. Mereka pakat
ramai-ramai pegi kejar anak anjing tu bila dia datang nak makan atau minum
di luar pagar rumah. Berlagak sungguh kucing-kucing aku.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Catdog katik yang berbulu kelabu hitam
tu sudah membesar menjadi dewasa. Setiap kali anjing itu kelaparan, dia akan berlegar-
legar di kawasan rumah. Dan yang sudi mengurus anjing itu hanya Nurul. Tasha hanya
sesekali keluar memberi anjing itu makan dan minum di luar pagar menggunakan bekas
plastik yang kami dah khususkan untuknya.

Oleh kerana anak saudara aku dah balik tinggal dengan ke dua ibu bapanya, Nurul jadi
keseorangan. Kalau dulu petang hari bila hujung minggu dia selalu ke padang dengan
sepupunya, kini tidak lagi. Sebaliknya  Black si catdog yang menemani Nurul di padang.
Kucing aku yang lain pun ikut juga ( ya lah...., tak bimbang kena perambat dek anjing kan. )

Dan di kejiranan itu selalu hairan bila nampak seorang anak gadis remaja melayu 
berjalan ke padang di temani anjing katik yang setia di sebelahnya. Baik melayu, baik
india, baik cina....semua akan berhenti menyapa, " itu.....anjing you ke ? "
Nurul hanya tersenyum.