Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sakit tumit

Sejak kebelakangan ini aku memang sering sakit tumit di kaki terutamanya bila bangun
dari tidur. Awalnya aku memang tidak mengindahkah. Aku selalu ingat pesan aruah mak,
supaya tidak terlalu memanjakan tubuh bila merasa sakit. Gerakkan, gerakkan, gerakkan.
Dan itu yang selalu aku lakukan selama ini. Tapi sakit tumit di kaki semakin kerap.
Kadang- kadang sewaktu membuat kerja-kerja rumah pun, tumit kaki terasa sangat sakit.
Walau aku cuba untuk tidak memperdulikannya, sesekali kesakitannya tetap menganggu
fikiran. Peliknya, bila aku berjalan ( merayap, shopping ) tak pulak terasa sakit !

Adakah kerana berat badan aku berlebihan ? Sehingga kaki tidak mampu menahan
berat tubuh ? Aku periksa timbangan - maintain je. Setakat turun naik sekilo dua, tu....
biasalah. Aku fikirkan lagi, adakah kerana aku memakai kasut tumit tinggi ? Pun tidak
juga. Rasanya dah lebih sepuluh tahun aku tidak lagi memakai kasut tumit tinggi. Medium
heels aka kasut bertumit sederhana tu  adalah. Itu pun tak selalu. Jadi apa asbab
tumit kaki aku selalu sakit. Aku mencari jawapan dengan melayari internet, dan ini yang
aku jumpa dari blog Faudzil :-



* Bentuk kaki yang leper dan rendah, lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali 
  Pes Planus ( yang ini kut fakta yang sesuai  dengan aku )

* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai 
  Pes Cavus  ( yang ni tak dak kena mengena dengan tapak kaki aku )

* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau
   bertumit tinggi ( kasut tumit 2 - 2 setengah inci nak kena pakai penyokong juga ke? )

* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh 
   ( Aku tak ada mengalami patah atau terseliuh..... )

* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 
   30 kilogram meter persegi (kg/m2) 

* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan
   joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando. 

Hemm....Cellmaxx dah aku telan tapi Tuhan masih belum izin untuk aku baik. 
Akak tak kisah dek non, sakit pun sakitlah. Aktiviti aku tetap berjalan macam biasa.
Tiap malam aku akan mintak anak aku pijak tapak kaki aku. Hah....lega. 
Nak pegi reflexologi ? Malas nak beratur kat Cheras up town tu. Ramai sangat orang,
dan aku memang tak larat nak drive balik lepas tu. Reflexologi memang best dan
biasanya selepas rawatan urut kaki, tidur menjadi lebih nyenyak. Reflexologi memang
sentiasa menjadi kegemaran aku.
                                             
                                                        
petua menghilangkan sakit tumit, penyebab sakit tumit, kasut tumit tinggi, kasut tumit rendah, berat badan berlebihan, ubat sakit tumit, petua cik zizah, sembuhkan sakit tumit dengn memijak tanah.


Cuma satu aja yang belum aku cuba. Petua dari mak cik zizah aku.
" Lyn, kita berasal dari tanah..., banyak tenaga dan aura dari situ yang boleh kita
salurkan antara satu sama lain. Belajarlah pijak rumput di tanah tanpa menggunakan
kasut. Lakukan terapi ini untuk beberapa minit dalam sehari. Jika Allah izinkan, hilanglah
sakit tumit, dan sakit tapak kaki kau tu nanti."


Yang ini aku belum cuba. Tapi........patutlah aku tengok aruah mak aku segar, aktif dan
sihat semacam bila buat kerja keliling kebun tanpa pakai kasut. Kalau di kebun,pijak
tanah dan rumput - tak pernah pakai kasut. Kecuali bila dia nak berjalan atau pergi keluar 
berniaga.
# petua orang tua-tua, memang power #