Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MLM - Tips persediaan sebelum berjumpa prospek

Ramai yang tercari-cari cara mengendalikan prospek dan tertanya-tanya,
'apa persediaan yang perlu saya ada sebelum menemui prospek'. Okay,  
kita terus kepada topik.

1.     PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU DAN BUAT.

   -   Senaraikan prospek anda.

                             
                                                     Gambar dari Google


   -   Pilih prospek anda dengan teliti. Jika boleh, elakkan yang berfikiran negetif
        bimbang kerektor mereka mempengaruhi mind setting anda.

   -   Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang produk yang anda pasarkan.
       ( Jual fungsi dan kelebihan plan pemasaran syarikat anda. Jika ada beberapa
       bonus yang ditawarkan dan anda bimbang tidak mampu menerangkan,  paling tidak
       hafal basik saja - iaitu, direct sponsor bonus dan fokuskan berapa yang dia boleh
       dapat dari sini.)

   -   Jangan terlalu membuang masa kepada prospek anda. Pastikan masa yang diambil
        untuk penerangan hanyalah lebih kurang 20 minit saja. Jika setengah jam bererti
        anda telah menggunakan terlebih masa yang patut diuntukkan kepada prospek
        yang lain.

2.    TIPS BILA BERDEPAN DENGAN PROSPEK.
       ( Apa yang perlu anda lakukan ? )

  -    Lapangkan hati, tenangkan fikiran. Baca basmallah dan jika sempat baca dalam hati
       ayat 3 Qul. Bina keyakinan dan kekuatan anda serta keluarkan karisma anda.

  -    Mulakan sesi dengan menjadi pendengar yang bagus. Hargai mereka dan tanyakan
       pendapat dan pandangan mereka berkali-kali, ( # ya betul, ya betul ). Mengiakan,
       jika pandangan mereka positif dan bernas. Ulang beberapa kali sehingga prospek
       dapat merasakan yang anda memihak kepadanya, oleh itu ia membuka ruang yang
       lebih selesa untuk anda dekati.

 -    Bina imej profesional dan keluarkan aura karisma dari diri anda. Isyarat yang betul
      hendaklah disampaikan kepada prospek yang anda, adalah seorang yang mahir dan
      berpengetahuan dalam bidang network marketing.

 -   Jelaskan kuasa perniagaan dengan keuntungan secara leverage
     ( pendapatan pencen ), yang pasti diperolehi jika mereka menceburi network
      marketing.
     
 -    Leveragekan kekuatan serta teknologi IT. Inilah masanya mengaplikasikan
      kemudahan dunia tanpa sempadan. Network marketing boleh diurus dari mana
      saja - hanya dihujung jari. Kini kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan dengan
      lebih mudah, cepat dan berkesan.

-    Jelaskan kepada mereka yang perniagaan secara 'Network Marketing' ini adalah
     perniagaan yang boleh dilakukan secara ' family business '. Malah ianya boleh juga
     boleh diwariskan kepada anak-anak mereka satu hari nanti.

-   Beritahu prospek yang kelebihan Network Marketing, iaitu tidak perlukan masa yang
    lama - 8 jam misalnya. Sebaliknya cukup berbaloi jika memberikan masa selama
    2 - 3 jam yang berkualiti dalam sehari. Masa yang berbaki boleh digunakan untuk
    mengurus keluarga dan mungkin menjalani aktiviti rutin yang mereka minati seperti
    ke gym, meluangkan masa bersama kawan-kawan dan aktiviti riadah yang lain.

 -  Jelaskan kepada prospek yang ' Network Marketing ' adalah satu-satunya jalan
    yang paling mudah untuk keluar daripada masaalah kewangan mereka atau sebagai
    salah satu jalan untuk menlangsaikan hutang. Perniagaan ini boleh dimulakan
    dengan modal seminimum mungkin hampir tiada risiko. Sementara keuntungan pula
    sangat tinggi.

 -  Berikan solusi atau gambaran yang positif bagaimana mudahnya menjana pendapatan
    antara RM 1000 - RM 3000 sebagai pendapatan sampingan sebulan. Ianya semudah
    ABC. Apa tah lagi jika mereka melakukannya lebih serius dari itu pastinya, pendapatan
    berlipat kali ganda.

 -  Beritahu mereka bertapa mudahnya menjalankan perniagaan ' Network Marketing ' ini.
    Prospek ada di mana-mana. Anda boleh menukar suri rumah, pelajar, pesara pencen,
    apa tah lagi mereka yang sentiasa 'mencari peluang perniagaan' terbaru. Mereka ini
    adalah prospek yang boleh ditukarkan untuk menjadi sebagai rakan niaga anda.

    Akhir sekali, pergilah tanpa harapan tapi pulanglah dengan kejayaan.
    Selamat mencuba.