Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kegunaan bawang putih dalam diet pemakanan


Bawang putih, ramai yang mengelakkan untuk menggunakna bahan memasak ini
atau paling tidak mengurangkan penggunaannya dalam masakan. Bawang putih
mengandungi aroma yang kuat bila ditumis. Masakan sup tidak akan menjadi atau
berbau harum tanpa campuran tumisan bawang putih tadi. Tetapi berbanding dengan
orang kita, masyarakat China menggunakan bawang putih dalam setiap menu mereka.
Ia merupakan bahan wajib bagi masyarakat China.

Bagi saya sendiri bawang putih mempunyai keistimewaan untuk meranggupkan
bawang goreng. Bawang merah goreng buatan sendiri ini mampu bertahan lebih 3 
bulan walaupun tanpa pengawaet. Caranya adalah dengan memasukan hirisan bawang
putih ke dalam gorengan bawang merah yang ingin kita jadikan bawang goreng nanti.
Tak perlu banyak, setiap suku kilo bawang merah yang kita kupas, campurkan dengan
seulas bawang putih. Goreng sekali gus dengan bawang merah tadi sehingga garing. Dan 
tip mudah untuk mengupas bawang merah tanpa pedih atau menitiskan air mata adalah
dengan merendam bawang-bawang merah itu dalam besen yang di isi air.  In sya allah
mata tak lagi berair. Jadi tak ada masalahlah mengopek bawang ketika rewang di rumah
kenduri kahwin. ( Kalau cenggitu nak kopek berkilo-kilo pun tak ada masalah.)

Salah satu bahan yang terdapat di dalam bawang putih yang boleh menghambat  
rasa lapar dan menyekat nafsu makan adalah Allicin. Jadi, banyakkan lah makan 
bawang putih dalam diet pemakanan Memang badan akan berbau tapi jangan bimbang, 
ada  cara paling mudah untuk menghambat bau badan. Caranya adalah dengan 
mencampurkan kapur makan dengan air limau nipis dan gosok-gosokkan di ketiak 
pada waktu mandi, In sya Allah badan tidak berbau lagi walupun tanpa menggunakan 
deodorant.

Aroma khas dalam bawang putih memang boleh membangkitkan selera, sebab itu 
bahan rencah Nasi Ayam menggunakan bawang putih. Ayam goreng yang bumbunya juga
adalah campuran bawang putih, halia, serai dan lengkuas serta jintan akan membangkitkan
aroma yang lebih kuat dan harum.

Bawang putih juga berfungsi merangsang Nitric oxide di dinding saluran darah justeru ia
membantu saluran darah untuk mengembang. Seterusnya mengawal tekanan darah dan
mengurangkan risiko darah tinggi serta strok. Cara paling senang mengkonsumsi bawang 
putih adalah dengan mengambil kapsul bawang putih yang banyak terjual di pasaran.

Kenapa bawang putih boleh berfungsi sebagai anti bakteria dan anti virus ? Ini 
adalah kerana bahan Allicin yang ada di dalamnya bertindak sebagai agen anti bakteria
dan anti virus dan bertindak memusnahkan mikrob. Justuru ia memang satu pertolongan
yang dialu-alukan untuk melawan jangkitan perut dan influanza. Sekali lagi cara paling
mudah untuk mendapatkan khasiat bawang putih adalah melalui pengambilan kapsul
iaitu jika anda bencikan baunya yang kuat. Ingat, kapsul bawang putih dan BUKAN 
KAPSUL BAWANG GORENG !