Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TIPS MENGURUS MASA

Aku memang bukan super woman yang boleh melakukan semua perkara
dengan serentak. Jadi aku buat mana yang lebih penting dahulu.
Yang kurang penting aku tangguhkan. Aku hanyalah seorang suri rumah yang berkerja
sendiri. Jadual aku bermula dari 6.30 pagi dan biasanya tamat jam 2 pagi. Bagaimana
cara menguruskan masa dengan effisien untuk seorang suri rumah yang berkerja sendiri
seperti aku ? Leverage dan bahagikan tugas. Anak aku ada yang
bersekolah pagi dan petang. Memang....., kadang lepas sembahyang subuh, aku beri
kelonggaran untuk mereka sambung balik tidur sehingga 9am atau terus 
siapkan kerja sekolah mereka. 9.30am  tugas masing-masing akan bermula dan sehingga
kini, anak-anak sudah hafal dengan tugas masing-masing. Simple. Aku tak perlu gunakan
khidmat pembantu rumah.

Tugas aku sendiri, bermula dengan menyidai kain yang dah dicuci semalam.
Buat sarapan, cuci  pinggan dan terus siapkan makan tengahari. Nurul aku serahkan
tugas menyapu rumah, atas dan bawah. Bagi kucing-kucing makan dan hantar makanan
pada si Black ' anjing jiran rumah end lot' yang tidak  dipedulikan oleh  tuannya.
Daniel sapu luar rumah dan siram pokok bunga. Farouk mop rumah, buang sampah
periksa enjin kereta, bersihkan pasir kucing dan sesekali kena hantar adik-adiknya
yang bersekolah di sebelah tengahari. ( sementara dia belum masuk kolej ). Natasha
bertugas di shift petang. Angkat kain baju dan sapu rumah. Baju, kalau sempat aku lipat.
Kalau tak sempat anak-anak paling tidak kena lipat baju masing-masing. Dah besar kan ?

12pm anak-anak mesti dah siap makan. 12.15pm enjin kereta dah kena start dan hantar
anak pergi sekolah. Kelas bahasa arab Daniel start 12.30pm. Urusan berniaga aku hanya
bermula selepas zohor setiap hari. Kebanyakan appoinment aku buat dalam waktu ini
termasuk mengcourier barang di Pos Laju. 6.50pm, aku kena pastikan aku berada semula
di kawasan sekolah untuk ambik anak-anak. Super woman kah aku ? Tidak. Ada masa
aku pun kantoi dengan kesesakan lalu lintas dan mungkin sambung dengan urusan
lain. Jadi apa yang perlu aku buat hanyalah memastikan Farouk sampai tepat di sekolah
untuk menggantikan tempat aku mengambil adik-adiknya. Setakat hari ni memang tak
ada masaalah. Mungkin jadual itu aku kena ubah bila dia dah masuk kolej bulan Julai
nanti.        
                               
urus masa dengan bijak, dahulukan mana yang patut didahulukan, urus masa dengan bijak, strategi mengurus masa dengan berkesan, kepakaran mengurus masa, masa itu emas, maksimumkan penggunaan,leverage

Lepas maghrib kalau ada appinment yang dekat-dekat aku pergilah sekejab. Limit
sampai 10 malam. 10.30pm ke atas adalah waktu untuk aku dengan hal-hal persatuan
( dalam whatsapp je ), up date blog, blogwalking ( kalau line elok la ), berfb dan baca
berita-berita luar negeri di internet.....sampailah 2am. Itulah routine aku setiap hari.
Sabtu sibuk dengan aktiviti menjengah atau ambik anak di kolej / MRSM. Ahad adalah
hari untuk aku bersantai di rumah atau melepak sambil minum teh tarik atau susu kambing
di Bisto depan rumah dengan suami dan kawan-kawann malah dengan anak-anak sekali.

Pesanan aku kepada anak-anak; selewat mana kerja itu bermula,
pastikan ia tetap selesai on time. Jadi kalau dah tau kerja tu tak
boleh disiapkan lewat, buat awal-awal. Jangan cari bala. Kita memang bukan
perfectionist tapi setidaknya buatlah perancangan awal agar kita tidak terkejar-kejar
dan tidak kecukupan masa.

Mengurus masa dan memastikan tanggungjawab juga tidak semestinya memerlukan kita
untuk ' hadir di tempat itu secara zahir'. Gunakan segala kemudahan canggih
yang ada ketika ini. Mesyuarat tidak mesti kena hadir kecuali waktu membentangkan minit
mesyuarat yang perlukan pengesahan.Whatsapp, video conference, skype adalah contoh
mudah yang boleh diaplikasikan bagi membentuk hasil yang sama positif walau kita tidak
hadir secara badaniah/zahir.

Stretegi perlu ada untuk memantau tanggungjawab, keperluan perniagaan dan
kelangsungan hidup. Bijak mendahulukan 'mana yang patut didahulukan' adalah
kata kunci yang pertamaKetepatan membuat keputusan adalah kebolehan
kedua yang perlu ada untuk membolehkan kita mengurus masa dengan berkesan.
Kebolehan meLeverage memaksimumkan penggunaan apa saja yang berada
di sekeliling kita adalah kecekapan bonus pengurusan.

Jadi jangan bilang kita tak cukup masa, kerana masa memang tidak pernah
menunggu kita