Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Benarkah perkahwinan itu adalah cinta tanpa syarat ?

Kepercayaan dan kesetiaaan adalah inti pati sesebuah perhubungan dan
perhubungan itu akan lebih kukuh bila dimaterai dengan ikatan perkahwinan.
Perkahwinan, ia menemukan dua manusia yang berbeza jantina dan berbeza
latar belakang. Berbeza cara didikan, pengetahuan dan pengalaman. Allah
memberikan taraf perkahwinan itu sebagai satu ibadah yang mengandungi
banyak hikmah dan keistimewaan. Dan kerana Allah itu Maha Mengetahui
dan menyimpan segala rahsia, dia memberikan pasangan kita biasanya berbeza
karektor.

Si isteri mungkin kuat berleter tapi suaminya tidak suka menjawab. Bukan kerana
takutkan isteri sebaliknya kerana suami tak mahu mencurah air ke api yang sedang
marak. Mungkin isterinya pemurah tapi suaminya bakhil ( tapi yang ini pun susah
juga kerana setiap sedekah itu perlu mendapat izin suami ) apa tah lagi kalau yang
disedekahkan itu adalah harta suami.Mungkin isterinya perengus tapi suaminya
peramah. Dan semua perangai yang negetive ini memerlukan kebijaksanaan
pasangan menangani kelemahan dan kejelekan tadi.

Perkahwinan sebenarnya adalah perhubungan yang saling melengkapi antara satu
sama lain. Saling memberi dan menerima seadanya dan untuk menikmati sebuah
perkahwinan yang cemerlang kita haruslah bersedia mengenepikan / membuang /
menguburkan ego masing-masing . Malah untuk mempertahankannya kadang kala
kita terpaksa melalui keadaan 'menyintai tanpa syarat.'
Kuatkah hati ?

Hati perempuan memangnya umpama gelas kaca sekali dia jatuh terhempas dan
walau dicantum guna gam gajah, tak akan pernah sama bentuknya. Berselisih
faham, bertengkar memang rencam dalam perkahwinan. Tapi bagi setengah pasangan
itulah keindahannya. Sebenarnya perkahwinan yang tidak pernah diduga, tidak pernah
dilanda ombak yang besar......tidaklah sekukuh yang disangka. Ibarat benteng di tepian
pantai, nak tahu kukuh atau pun tidak benteng itu, tunggulah waktu ia dipukul ombak.
Kalau ia masih mampu bertahan bererti foundation kuat. Tapi andai ia roboh terimalah
hakikat yang foundationnya masih sangat lemah dan perlu segera diperbaiki.
Tapi ada ke engineer yang mahu mengakui kelemahannya ?
Hanya manusia yang berjiwa besar,  rela menelan ego dan mengakui.......
 ' maaf....., saya salah. '
                                         
                                               Sorry seems to be the hardest word

No comments:

Post a Comment